TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Saturday 19 January 2013

Muslimah Youth Gathering 2013

Asssalamualaikum.

Seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini, saya melibatkan diri dalam  satu lagi program anjuran PEMBINA iaitu Muslimah Youth Gathering ataupun lebih singkat dikenali sebagai MYGath.. Turut dinamakan sebagai Muqayyam

MYGath kali ini berlangsung di Tadika Nursyifa, Changlun, Kedah.
Bertarikh 17 dan 18 Jan (Khamis & Jumaat)..


Ramai jugak yang menyertai.. hampir 70 orang..
Dan kebanyakan pesertanya adalah dari UUM, KMK dan IPDA sendiri...
IPDA = K.Tiqah, K.Alifah, Izzah Syazwani, Ilina, Aju, Tira dan saya sendiri :D


K.Tiqah dan K.Alifah datang ambik kami kat IPDA dalam pukul 6.30 petang..
Dan dah menjadi ketentuanNya, kami 'sesat' sikit...
Dan akhirnya sampai kat tadika tu waktu orang tengah solat isyak dah pun.. hehehe...

SLOT 1 'TARBIAH DZATIYYAH'
Sesampai je kami kat sane dan setelah semuanya selesai solat Isyak,
Maka Slot 1 dimulakan yang disampaikan oleh Ustazah Siti Rahmah..
Slot ini dinamakan sebagai Slot 'Tarbiah Dzatiyyah' aka 'Mentarbiah Diri Sendiri'
Apa maksud tarbiah?? Maksudnya memperbaiki... :)
  • Kita perlulah membaiki diri sendiri sebelum memperbaiki orang lain...
  • Hal ini kerana, hisab Allah di akhirat kelak bersifat individual.. faham kan? :)
  • Ustazah juga menekankan soal taubat dan Taubat yang PALING AGUNG adalah Taubat Nabi Adam A.S
  • Belajar ilmu agama adalah lebih penting jika ingin dibandingkan subjek2 pelajaran yang kita belajar selama ini kerana ilmu agama itu fardhu ain bagi semua, manakala subjek2 itu fardhu kifayah. Oleh sebab itu lah, ilmu agamalah yang perlu didahulukan... In sha ALLAH.
SLOT MUHASABAH DIRI 
Tak dinafikan sangat sebak time slot ni... Air mata pun bergenang dah.. hehehe...
Tayangan video tentang seorang anak yang menceritakan detik-detik terakhir sebelum si ibu meninggal dunia..
Memang asyik tekenang-kenang dekat my mom je time tue...
Kak Mas berpesan, sekala-sekali pulang bercuti, gembirakanlah hati ibu bapa, berbaktilah kepada mereka, sayangilah mereka kerana tanpa mereka, tiada lah kita di dunia ini. :D
Walau apa pun orang kata pasal mak dan ayah kita..
Jangan sesekali berpaling dari mereka.. Sentiasalah menggembirakan hati mereka.. In sha ALLAH

Kak Mas juga pesan
"Kita bukan sahaja ingin berjumpa dengan mak ayah time di dunia, malah turut di akhirat jua.. Sebab tu lah, jangan sesekali kita menjadi anak yang mengheret ibu bapa kita ke neraka"
Antara salah satunya dalam bab menutup aurat..
Pesan Kak Mas lagi.. hehehe..
"Tak perlu terburu-buru dalam melakukan perubahan,kerana yang penting konsisten dan istiqamah yang paling diutamakan"...
Setelah seleai dan sebelum tidur, bacaan Al-Mulk beramai-ramai...

SLOT QIAMULLAIL 
Semua bangun dalam pukul 4.00 pagi..
Menyiapkan diri dan berqiamullail.. Alhamdulillah..


Solat taubat, solat tahajud dan solat witir..
Ada bacaan al-ma'thurat... Sampai la solat subuh berjemaah...
Dan diadakan Tazkirah Subuh... :D


Kami bersiap-siap dan makan...
Makan dalam 1 talam taw... 1 grup 5 orang... hehehe..

Siap makan bersuap-suap lagi.. heheeh.. 
K.Ulfa la yang paling suka menyuap orang nie... hehehe
Maka, tak disangka-sangka wujud la geng 1 talam antara kami ber 5.. hehehe...
Adik-adik dari KMK dan sorang akak UUM..
Fatihah, K.Ulfa, Syidah dan Ifah..



EXPLORACE 

Selepas solat sunat Dhuha, kami warming up dan aktviti explorace
xtvt Explorace Muqayyam ini sangat berbeza berbanding explorace yang pernah saya ikuti sebelom nie..
Setiap checkpoint itu, diadakan tugasan yang berlainan..
Ada bacaan ayat-ayat lazim sambil tutup mata n passing ulat cacing kt kawan2.. Tasmik Hadis Ar-Ba'in ke 12.. Bacaan maksud ayat 6 surah At-Tahrim, bacaan maksud Al-Fatihah,Bacaan maksud Surah Ar-Ra'd ayat 11 dan lain-lain tugasan..
Ada antaranya ikat kaki n jalan ala2 keretapi.. yang membawa maksud, dalam xtvt usrah ni,memerlukan kita bawa bersama rakan-rakan agar turut serta menimba ilmu agama ini..
dan lain-lain aktiviti rintangan lagi..
Dan sangat-sangat tak disangka, kump kami menang!!..  ^_^
Dan kata akak2 fasi, mereka men'judging' dari banyak sudut..
Dan sampai ke sudah tak habis fikir camne grup kami boleh menang sebab kami tak sempat ke checkpoint last pun..
Urm, maybe sebab kerjasama ke??? ehehehehe... 


GAMES TAARUF 
Lepas selesai, kami dibahagikan kepada grup yang lain pula..
Masing-masing bertanya perihal ahli kumpulan dan akan membentangkan profil kawan-kawan sekumpulan tue..hehehe...


LDK 

Kami dipecahkan lagi kepada kumpulan yang lain pula..
Agar kami dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara peserta nie..
Setiap kumpulan diberi soalan dan diminta untuk membentangkan cara-cara mengatasinya..
Antara soalan2, cara hidup remaja sekarang yang bangun lewat, tak menjaga batas-batas pergaulan dan macam-macam soalan lagi..
Ada yang menjelaskan melalui lakonan.. hehehe..



Turut juga diselitkan pengalaman-pengalaman peserta dalam menangani masalah tersebut..
Terlalu banyak perkara baru yang saya belajar..
Selama ni hanyalah membaca masalah-masalah remaja melalui novel dan majalah..
Tapi, kali nie saya mendengar sendiri cerita dari orang yang terlibat itu sendiri... 


BBQ!!! 
Walaupun pada mulanya hujan, tapi Alhamdulillah tetap diteruskan..
Masing-masing bekerjasama berBBQ nie lah..
Sambil berBBQ, sambil bercerita... hehehe...


  

Aktivit berBBQ itu selesai dalam pukul 3.30..


Makan dalam 1 talam lagi sambil berkongsi cerita.. hehehe
Dan hasilnya :


Sungguh tak tipu, memang sangat-sangat SEDAP!! heheh..

Selepas selesai sahaja BBQ tu, kami solat Asar
 Seterusnya diadakan majlis penutup dan cenderamata..
Memang sedih berpisah dengan sahabat-sahabat dari UUM dan KMK..
Mudah-mudahan kita kan jumpa lagi ye semua?? hehehe..In sha ALLAH..

Sebelum terpisah tu, menyanyi dulu lagu tema MYGath nie..
Seiring sehaluan - UNIC


Part chorus yang sangat bermakna :

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana ALLAH... :)

Sememangnya semua peserta dan akak-akak fasi tersangatlah baik dan friendly...




Bersama Ulfa... Seorang akak yang sangat2 baik dan punya personaliti yang sangat menarik.. hehhee..
In sha Allah Ulfa, ada peluang nanti jumpe kat C-Mart Changlun nohh.. ^_^
Reunion bersama-sama adik2 comel KMK sekali.. :D

 

Saya yang betudung labuh.. hehehe..
Sebenarnya masih dalam proses percubaan..
Dan memang MYGath ni lah kali pertama saya memakainya..
Dan In sha Allah, bila dah banyak stok tdung labuh nanti, mudah-mudahan diri ini akan istiqamah.. Aamin... :)

Disebabkan tira, izzah syazwani, aju dan ilina terpaksa pulang IPDA awal..
Maka, hanya kami bertiga.. saya, k.alifah dan k.tiqah yang pulang petang tue..
Ondaway pulang tu, K.tiqah dan K.alifah banyak beri nasihat buat saya..
Dan sy banyak juga bertanya soalan pada mereka..
Dan memang tak pernah jemu dan letih memberi kata-kata nasihat buat saya..
Terima kasih yang amat buat akak yang memang sangat baik dan friendly..

Dan seperti kata akak :
Jadikan lah pengalaman program ini untuk satu 'rujukan' bagi program anak yatim pada cuti raya Cina nanti...
Sebab sebelum kita membimbing orang lain, kita perlulah dibimbing dahulu kan?? hehehe
In sha ALLAH...

Kepada rakan-rakan, jom sama-sama join usrah..
Tidak kira lah usrah kat mana-mana sekalipun, asalkan masih di atas tujuan yang sama..
"Mendekatkan diri kepada ALLAH"... :)
In sha Allah...

Wassalam.. ^_^

4 comments:

  1. salam :) haha. mujoq ada jugak gmbaq kak tiqah yg terselit kat situ :p hehe. best la baca entry izzah ni! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. terima kaseh kak... :D Andai ada perkara yg tak bape baek dilakukan sy, mohon tegur ye kak... (^_^) hehehe...

      Delete
  2. alhamdulillah. comey nye haaa pakai tudung labuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe.. tq... hanis pn cmey jgak pkai nnti.. jom pakai rmai2.. hehehe :D

      Delete