TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Sunday 26 November 2017

Segenggam Ijazah

Assalamualaikum

Sebenarnya cerita dah lama.
Tapi nak kongsi juga. Rindu nak tulis blog.
Tapi tak tahu nak sembang pasal apa hahahaha.

KONVOKESYEN IPGM

Selamat menerima transkrip Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah Kelas Pertama pada bulan Ogos yang lepas.
Bersyukur, impian nak dapat first class tu Allah makbulkan.
Alhamdulillah.
Kepuasan untuk diri sendiri
Gila lama simpan cerita nak publish kiki

Alhamdulillah.
Perjalanannya, saya  dan kaklong beserta anakanda bujangnya, si Harraz Mifzal fly dari JB ke KL.
Dan keesokannya mak, abang dan adik bertolak dr Terengganu ke KL

Kami stay di Nafas Cube Resort dalam MAEPS tu
Sebab kamiorang konvo kat Dewan C MAEPS jugak
Recommended.
Sebab ada diskaun untuk penjawat awam.
Sebenarnya 500 untuk 2 malam.
Tapi kami dapat 300++ je selepas di diskaun kan hihi.

Yang warna merah atas tu bilik kami. Kontena gitu. Cantik design dalamnya
Then, sementara tunggu kedatangan family dari Terengganu
Sempatlah saya dan SAHABATSENGET pi shooting gambar prekonvo kami

Juga di recommended
Sangat berbaloi
Tipulah kalau cakap tak bangga dengan gambar konvo kami
Hihihi sangat puas hati dengan hasilnya
Dahlah photographer tu layan je lahai perangai gegadis nak bergambar 
hahaha 
Boleh jemput jenguk page depa kat sini


 Hehehe Boleh buat cover album



 Sebenarnya sebab gambar nie, kena bayar ganti rugi rm60 wey disebabkan mortar board patah 
hahaha tapi takpelah
Sebab dapat gambar nie. antara gambar feveret ni tau..
Seram. Hantu takde kepala haha


Untuk sahabat senget, pandangan masa depan ke tu? kikiki
Semoga masa depan kita akan sentiasa diberi kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan 
hahahhaa
walaupun dalam grup wassap tu tak pernah nak tenang
ada je yang nak menggila hahahhaa


Haaa.. ni dia...
Keluarga IPDA juga nie.
Kawan-kawan sekelas.
Alhamdulillah. Sempat ambil gambar dengan kawan-kawan sekelas walaupun tak cukup ahli

OK NEXT

Hari graduasi.
Kami sesi petang
Boleh la nak mekap lebih2 sikit hari kejadian kiki
Tapi memang agak rushing la
Nak bergambar guna fon sendiri ngan family pun tak sempat
Nasib baik ada ambik pakej photoshoot kat bawah dewan tu
Dan alhamdulillah adalah gambar family yang cun melecun kiki.



Sedih jugak. Sebab ada insan yang sepatutnya berada dalam gambar. 
Namun tiada di sini.
Alfatihah ayoh....

hihihihihi nampak muka Harraz tu.
Boleh pulak sempat buat peace dalam mamai dia tu haha

Apapun, doakan buat nur izzah untuk termotivasi nak sambung belajar.
Please, saya harapkan doa semua hahhaa
Jeles tengok kawan-kawan yang semngat nak sambung
Tapi aku camni la jugak kiki

Apapun, tiap orang ada hala tuju masing-masing
InsyaAllah kita adapt dulu dengan kehidupan seorang guru.
Nanti fikir lain ye hihi.

OKlah. Bai haha
Assalamualaikum

Sunday 13 August 2017

First Posting

Assalamualaikum.

3 Julai 2017
Satu tarikh bermakna dalam hidup seorang Nur Izzah
Tarikh lapor diri di SK Bukit Mutiara, Johor Bahru
Siapa duga akhirnya berbakti di negeri JDT

Asalnya dari Timur, belajarnya di Utara
Kemudian berkhidmat di Selatan pula

first day sampai JB, adik ajak p stadium dulu. haha. ape lagi kakaknya mestilah nak sekali take a picthurrrrr hihi...
Apapun pasti beribu hikmah Allh tempatkan saya di sini
Kerana perancangan Allah itu adalah sebaiknya

Terima kasih buat keluarga sampai konvo 3 buah kereta
Terima kasih Athirah Abas yg banyak memudahkan urusan saya terutamanya bab rumah sewa
Bila dapat tahu sekolah mana, terus dapat masuk rumah sewa
MasyaAllah mudah sangat
Tambah lagi rumah dah serba lengkap
Ada ASTRO, nak masak dah lengkap, mesin basuh, COWAY..
Mana nak cari lagi rumah sewa bak rumah sendiri. kiki. 

Tambah lagi ramai sedara mara mahupun sahabat yg ada di bumi Johor nie
MasyaAllah mungkin ini jawapan hari2 tak jemu berdoa semoga urusan posting saya dipermudahkan 
Dapat pula rumah sewa 5 minit je dari sekolah
Dapat pula warga sekolah yang baik2 semua je
Alhamdulillah syukur

Dah cukup sebulan saya di sini
Dah jejak bumi Batu Pahat dan Kluang
Terima kasih buat keluarga Afiqah


Sahabat Muafakat Johor IPDA bawak p jalan2
Kikiki
Eh bila nak ajak trip lagi ? πŸ˜‚πŸ˜‚

Tunggu gaji~~~ hahaha

Apa pun, pandanglah sudut positif dalam persekitaran kehidupan kita.
InsyaALLAH, pasti bahagia dan gembira seiring bersama
 Ambil setiap tanggungjawab sebagai peluang, bukannya beban
Ilmu dan pengalaman itu biar seiringan

Yang penting sentiasa ingat pesanan arwah ayah dan mak
Buat kerja biar amanah
Pandai bawa diri
Memudahkan urusan orang lain
InsyaALLAH

Oh ye. Saya dilantik sebagai Penyelaras LINUS di sekolah
InsyaALLAh cuba belajar
Walaupun zaman praktikum dulu bukan main aku lari dari terlibat nak kena bt RPH LINUS
Siapa sangka, bila dah bekerja ni nak tak nak kena abis siasat segala hal LINUS
Hihi kelakar pula

Ok belanja sikit gambar-gambar kat sekolah.
Nanti dah tua, boleh tengok zaman masa muda hahaha

Jamuan memperingati Syawal
Bertuahnya sebab dapat hadiah
Dek kerana menang pakaian bertema
REZEKI....

AEON Dato Onn guyss
Bila nak bukak, sekolah berhampiran dijemput program tanam pokok
hahah. Setelah hampir 10 tahun aku tinggalkan zaman berkebun
Tak sabar nak p, penat wey cari parking kat AEON Tebrau hahha


Oklah. Moga jumpa lagi.
Bukan senang seorang Nur Izzah nak rajin menaip nie
Assalamualaikum

Nah belanja cover Terus Mencintaimu

Monday 29 May 2017

Lirik Wanita Syurga Bidadari Dunia Oki dan Cover

Assalamualaikum.

Maka, Gema Gegar Vaganza sudahpun melabuhkan tirai dengan kumpulan UNIC sebagai juara.
Namun, saya masih tak dapat move on lagi dengan kesejukan mata memandang Kak Oki Setiana Dewi.
 

MasyaALLAH. 
Saya rasa semua suka tengok dia kan.
SubhanaALLAH ayat-ayat Quran lancar je di mulut.
Tambah lagi lembut dan manis je senyumannya.

Maka, disebabkan suka sangat tengok Oki.
Sempatlah godek-godek Utube cari tentang Oki.
Maka, jumpa lah kite dengan lagu-lagu Oki.
Antaranya Wanita Syurga Bidadari Dunia.

Sekali dengar jer.
Terus, saya suka :D

hihi. ok belanja lirik sikit kat bawah.

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana syurga di dunia

Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menenteramkan jiwa

Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga bak permata berharga
Berbinar indah dalam kesucian jiwa
Kalau dah tersuka, memang dapat tangkap lah kan melodinya.
Ok kat bawah ni saya nyanyi.
ok larik! errr..

Saturday 14 January 2017

Lagu Matematik : Sifir 7 dan Sifir 8

Assalamualaikum.

InsyaAllah entri kali ni nak berkongsi bahan bantu mengajar yang mungkin boleh membantu para pembaca untuk sesi P&P



Di bawah ni saya sertakan 2 buah lagu Sifir. Sifir 7 dan Sifir 8 yang telah saya cipta mungkin dalam 3 4 tahun yang lepas. 
Saya selalunya guna lagu ni waktu set induksi, relief kelas atau saja-saja nak pasang. hihi.
InsyaALLAH semoga bermanfaat buat semua.

Lagu Sifir 7 
Lagu Asal : Cinta Muka Buku - Najwa Latif



Kita belajar hafal sifir 7 hari ini
Sambil kita menyanyi pasti kita suka hati
Oooo…. Apa kita tunggu lagi
 
7 darab 1 masih jawabnya juga begitu
7 kali 2 , 14 pasti jawabnya
Oooo… 14 jawapannya

Bagaimana 7 darab 3
21 pasti itulah jawabnya
7 kali 4 apalah jawapannya
28  pasti anda betul semua
 
7 kali 5 sama dengan 35    
7 kali 6 pasti jawab 42
7 darab 7 cubalah anda kira
Betul  49   itulah jawapannya

    
56  jawab bila darab 8
63 bila didarab 9
7 kali 10 jadi cubalah teka
Yes betul   70     itulah jawabnya

Lagu Sifir 8
Lagu Asal : Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang - Tegar


  
Ku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu tak tahu sekarang hafal lagu
Hafal hafal hafal sifir lapanku
Pastikan ku ingat selalu

8 darab 1 jawabnya
8
16 itulah kemudiannya
8 darab 3 cubalah teka
24 itu lah jawabnya

Darab 4 pasti jawab
32
40 bila didarabkan lima
Syabaslah takat ini betul semua
Kira 8 darab 6 pula

Darab 6 jawabnya
48
Darab 7 pasti jawab 56
Darab 8 cubalah anda teka pula
  64 jawabnya

9 bila didarabkan 8
              72 itulah jawapan pilihan
Bila 8 didarabkan dengan 10
Pasti jawapannya 80
 
 
Di sini juga saya sertakan buat sahabat-sahabat untuk download video youtube ini melalui format mp3.

Sila klik di sini.
Dan hanya copypaste url Youtube bagi lagu di atas.

InsyaAllah. Semoga bermanfaat buat semua.
Saya hanya niat untuk berkongsi semoga sahabat-sahabat dipermudahkan urusan.
Masih ada beberapa lagu untuk dikongsi. InsyaALLAH ada masa, saya akan upload ye.

Assalamualaikum.

Tuesday 3 January 2017

Tips Praktikum IPG

Assalamualaikum.

Sesungguhnya saya buka orang yang selayaknya untuk berkongsi tips buat adik-adik guru pelatih yang lain. Tapi saya cuba untuk kongsikan bersama-sama.
Moga bermanfaat untuk adik-adik semua.
Internship : Lawatan ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara

 1. HAPPY SELALU

Kalau kat SK Hutan Kampung tu, budak-budak selalu gelar saya "Cikgu Senyum". Tak pun ada jugak yang "Mira Filzah" wey. haaha. perasan gila.
Nampak tak betapa obvious sangat suka senyum tu sampai kena gelar "Cikgu Senyum".
Set selalu dalam minda. Seronoknya jumpa budak2 yang comel dan bermacam ragam.
Tipula kan kalau takde stress langsung.
Ada tu tetap ada. 
Tapi setiap masalah yang terjadi, akan berlalu kan?.

2. DOA PADA TUHAN

Senjata orang Muslim itu kan doa.
Maka, sentiasa yakin dengan pertolongan Allah.
Hari2 saya doakan, semoga dipermudahkan urusan praktikum, urusan internship.
Malahan, sampai hari ini saya masih doakan semoga urusan interview dan posting dipermudahkan.
Bahkan, sebelum nak kena observe tu.
Bacalah Surah atau Doa untuk penyelia kita atau murid2 kita tu biar berkelakuan baik, lembut hati.
Dan juga jangan lupa doakan lah semoga berjalan lancar.
Kalau ada masalah terjadi sekalipun, sentiasa yakin dengan keajaiban doa.
Kalau ada sedikit rasa give up, mohon kuatkan hati dan percaya ada asbabnya tersendiri kenapa Allah letakkan kita dengan keadaan tu.
Bila kita selalu positifkan diri, maka boleh untuk tip no 1 tu kan? hihi

3. GUNAKAN MASA DENGAN SEBAIKNYA

Sentiasakan gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. 
Kalau nak buat benda mengarut, ingat balik.
"Aku banyak kerja ke tak hari ni?"
hahaha.. Ya Allah.
Ingat lagi arwah ayah dulu marah kot time Form 3 tu pasal buat last minute assignment.
Malu wey bila ayah tegur. hahaa
Waktu praktikum dulu, selalunya saya bangun jam 6.00 pagi, tido jam 12.00 malam.
Jarang la nak berjaga sampai jam 2 3 pagi. 
Jadi macam mana tu?
Stress kan kerja banyak waktu praktikum.
Ok tengok lagi tips kat bawah? hihi.

4. WAKTU KERJA ADALAH WAKTU BEKERJA

Saya hari2 pergi sekolah dengan mindset, aku sedang bekerja.
Jadi saya cuba siapkan kerja sebanyak mungkin waktu kat sekolah.
"Waktu kerja kena kerja. Pasal balik hostel nak tengok Runningman sambil bermalas2an" haha.
Tapi ada la jugak scroll ig, fb whatsapp tu.
Boleh mati kalau 7 8 jam fokus bt kerja kan. hahaha.
Saya akan cuba usaha untuk minimumkan kerja yang perlu dibuat bila tamat waktu bekerja. kiki.
Ada ketika tu saya akan siapkan terus RPH untuk 2 3 hari kemudiannya.
Haaa... Jadual kelas pun kena arrange betul2 la. 
Biar kalau boleh, hujung minggu tu dapat buat RPH untuk Ahad, Isnin dan Selasa terus.
Siapkan RPH dulu, BBM tu sedia kat hostel.
Sebab takde bahan kan.
Adik2 pun tahu kan, RPH tu sendiri ambil masa yang lama. 
Bayangkan kalau RPH Kelas Pemulihan ada 3 kumpulan.
Ibarat buat 3 RPH la hari tu.
Eh ada 1 jam jugak tu ambil masa nak tulis saja.
Eh jangan sarkastik lagi untuk kos2 lain. hahaha.
Kos lain pun ada Pro dan Kon sendiri.
Kos lain pun ada susah dia sendiri. Bukan kos Pem je. hihi.

5. SOAL BBM?

BBM atau nama panjangnya Bahan Bantu Mengajar.
Takkan 1 hari nak 1 BBM baru kan?
Jadi, kebiasaannya hujung minggu tu saya akan buat 2-3 BBM yang multipurpose.
Boleh guna banyak kali.
Senang, boleh rolling guna dari hari Ahad-Khamis. 
Lagipun bukannya hari2 ajar kelas sama kan.
Jadi, insyaAllah budak tak bosan. 




Antara BBM multipurpose yang dibuat. 
Tinggalkan tempat kosong kat situ.
Jadi boleh tukar soalan subjek BM ke MT ke.

Cukup rolling untuk ajar seminggu. kiki.

Minggu lain-lain boleh guna lagi, buat set induksi je ke.
InsyaAllah, kreatifkan diri.
Kadang2 kalau saya bosan, saya usha la dalam tenet BBM yang menarik untuk dapatkan idea.
Kalau tak nak buat lagi, simpan kat note Desktop. 
yang penting kumpul idea dulu.
Susah kalau takde idea nak buat BBM.
Bila-bila masa Allah nak hadirkan ilham kat kita.
Jadi, bila dapat tu simpan dulu ye. hihi.

6. DOA YANG BAIK-BAIK UNTUK MURID

Selain daripada doa ibu bapa yang mujarab, doa cikgu-cikgu ni pun mustajab jugak hihi.
Pernah la saya TEReksperimen kat diri sendiri.
Fasa 1 dengan Fasa 3 saya jarang merungut hal murid-murid.
Fasa 2, Ya Allah, saya gagal jadi cikgu yang baik.
Sering merungut perihal nakalnya budak.
Bila saya reflect balik, betul la. silap sendiri.
"Aku yang sering merungut. Seolah2 doakan"
Itu yang makin hari makin nakal budak2. 
Silap sendiri. Silap cikgu.
Mulut cikgu ni Astaghfirullah pandai sangat merungut.
Fasa 3, saya selalu mindsetkan anak2 saya ni baik.
Jadi, Alhamdulillah. Nak masuk kelas tu, rasa tenang je.
Gembira nak jumpa budak2. hihi.
Depa baik amat. MasyaALLAH. Rindu aih kat depa. hihi.


Fasa 2 : Relief Tahun 1
7. JANGAN BERKIRA

Eh, nak beli tu, mahal.
Nak buat BBM ni, aih sayang duit.
Allahuakbar. Anak-anak kita juga.
Kebaikan tu dapat kat kita.
Mana tahu, Allah bantu dapat cemerlang Praktikum kita.
Jadi, jangan nak berkira sangat untuk P&P kita.
Niat je, "Aku nak pandaikan murid-murid aku."
Selain berkira bab material, jangan juga berkira bab usaha kita.
Sentiasa ingat.
"Allah pandang setiap usaha kita."
InsyaAllah, Allah bagi kejayaan sepadan dengan usaha kita.

8. HUBUNGAN BAIK

Mohon jaga hubungan baik kita dengan seluruh warga sekolah.
Tukang sapu ke, murid-murid ke, cikgu-cikgu ke.
Hormati yang tua. Kasihi yang muda.
Haaa.. dengan penyelia sekali.
Eh pendek kata, buat baik ngan semua orang la.
Tak rugi pun. Hati tenang + gembira lagi hihi.

9. IBADAT DAN SOLAT

Allah. Saya masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang banyak ilmu. Saya banyak dosa. Banyak kekurangannya.
Adakalanya lalai.
Namun, saya tetap nak pesan, jagalah solat.
Solat awal waktu.
MasyaAllah, benar Allah bantu.
Rasa macam banyaknya masa yang Allah pinjamkan berbanding ketika solat dilewatkan.
Praktikum ni dunia je. Akhirat sana tujuan kita.
Maka, insyaAllah kita jaga akhirat, bonus Allah bagi untuk dunia juga.
Amalkan juga ibadat sunat.
Solat sunat sebelum Subuh, solat hajat, solat dhuha, Solat witir, Al-Quran.
Itu yang kak usrah selalu pesan.
Jaga ibadat, maka Allah akan permudahkan segalanya.

10. NAK BUAT APA TIME RELIEF

Kadang-kadang relief datang tanpa disangka. kiki.
Maka, bersedia lah anda.
Kalau saya, saya dah siapkan lembaran kerja untuk semua darjah.
Maka, kalau dapat relief, pergi je la fotostat kat pejabat. kiki.
Tapi takkan la selalu nak bagi lembaran kerja kan.
Beli la speaker satu. Tak mahal sangat pun. Boleh pakai banyak tahun.
Pasang lah lagu. Kalau dapat 2 masa, buatlah kemahiran Mendengar dan Menulis.
Suruh budak2 tulis lirik dulu, then nyanyi sama.
Depa dengar dan tulis. 
MasyaALLAH seronok la.
La ni banyak lagu best2 yang berunsur motivasi ka nasyid ka.
Nah, pilih je la. Banyak kat Utube tu.
Murid seronok, kita pun seronok kan. hihi.


InsyaAllah, ini setakat tips yang akak dapat bagi. kiki.
Yang penting, jangan stress.
Bila stress dan negatif tu la yang rasa tak seronok.
Ini proses belajar. Ini amanah kita. Ini ibadat kita.
Jangan merungut. Nak berjaya, kena kuat diri, jangan mudah down ye. 

Saya hanya berkongsi sahaja.
Tipulah takde langsung salah silap saya sepanjang praktikum.
Saya hanya berkongsi yang baik2 sahaja. InsyaAllah
Kalau boleh dijadikan teladan, Alhamdulillah.
Atas perbezaan individu, pasti tak semua boleh ikut kan.

Akhir kata, semoga berjaya semua adik2.
Kuatkan semangat adik2 semua ye.
Doakan untuk saya juga.
Assalamualaikum.