TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Tuesday 24 December 2013

2013 My Post Review Facebook

Assalamualaikum..

2014 semakin melambai2 kita melangkah ke tahunnya..
In sha Allah, panjang umur bertemulah kita..
Tadi buka blog Amalina Peter, terbacalah entri terbaru beliau tentang 2013 Post Review (Facebook)
So, tanpa melengahkan masa, cheq pun tergedik sama nak cek sy punyer..

Alhamdulillah..
Tahun 2013 sememangnya sangat special bagi saya sebab macam2 benda berlaku ke atas diri..
Dan pastinya yg paling istimewa kerana sy terpilih antara yg diberi kesedaran untuk berubah kepada yg lebih baik.

Walaupun sememangnya belum lagi layak menjadi yg terbaik, tp alhamdulillah sekurang2nya lebih baik dr semalam… 

My 2013 post review..

  
Heheh.. yg ni paling lawak.. fasal KPOP?? Huhu.. sekarang ni dah rasa tertinggal fasal KPOP… malah, runningman pun banyak eps tertinggal.. dan sy rasa xsedih pun macam dulu.. huhu.. Walaupun pelik, tp sy suka dengan rasa hati nie. Takde KPOP, boleh je hidup gembira.. kih3..



Pengalaman yg paling xboleh dilupa.. hehehe.. seronok sangat bergelar Cikgu Izzah untuk sehari. Weheheh.. Harap peluang macam ni datang lagi.aamin..


 Rindu Rumah Gemilang!!! ^_^
Rindu nak ikut serta dalam program sebegini lagi..



Semestinya!! Kaklong kahwin..
In sha Allah lebih kurang 7 bulan lagi bergelar che da la cheq.. hehe..



Mak dan Ayah menunaikan haji.. Alhamdulillah

  
Herbalife! Mula serius menjalankan misi nutrisi bermula dengan menghadiri 1 event yang dikenali sebagai STS aka Success Training Seminar Herbalife! Hehehe…

Waktu STS hari tu kan, ada tunjuk video Spectacular 2014!! 
Teringin sesangat rasanya nak pergi..huhu..
Jom layan video nie.. ^_^

  

Luar Biasa kan??
STS yg sy join hari tu dah luar biasa, apatah lagi Spectacular nie..

WANNA CHANGE YOUR LIFE??

Memulakan perniagaan dan mengamalkan gaya hidup sihat??

Now is the TIME!!!

COME JOIN US ^_^

0199944012

Saturday 2 November 2013

Kenali Produk Pemakanan Herbalife

 

Assalamualaikum...
"Kesihatan itu Mahal, Tetapi Sihat itu Mudah"

Sebab ape saya cakap macam tu???
Haa.. Sebab ramai sangat yang saya dengar tak nak makan Herbalife sebab MAHAL?
Eh eh? xbeli lagi dah kate mahal...
Tapi pasal isu mahal nie in sha Allah saya akan ceritakan pada entri lain..

Kawan-kawan, ramai yang masih beranggapan Herbalife adalah produk untuk kurus semata-mata
Lagi sekali cheq nak habaq mai yang Herbalife nie adalah makanan nutrisi..
Nutrisi yang diperlukan oleh badan...
Sedangkan ramai rata-rata diantara kita main lantak jer nak makan ape kan?
Kesian kat perut, kesian kat usus...

Jadi,
  

Ok! Entri kali nie ingin sekali saya memperkenalkan produk-produk pemakanan Herbalife..
Ini hanyalah produk-produk yang terdapat di Malaysia.
Lain negara, maka ada kelainan dari segi produk-produknya..

Jadi, kalau nak merasa produk-produk dari negara lain, maka bolehlah kita main tukar-tukar waktu event-event Extravaganza kat luar negara yang mengumpulkan Herbalifer dari seluruh dunia..
(tapi siapa yang nak pi la. hhehehe)
Macam tahun depan maybe bakal diadakan di Korea.. wah!! nak pi!!
Sebelum ni Indonesia, Melbourne dan macam-macam la...
Sambil kita masuk event, sambil melancong..
Seronoknye.... ^_^

Ok.. Antara produk-produknye.... :)

1)
F1.. Didatangkan dalam macam-macam perisa.. Laen perisa lain jugak kelebihannya..
Contohnya, perisa Strawberi sangatlah bagus untuk kulit.

2)


3)

 Herbal Aloe yang sangat baik untuk usus!
Tahukah anda? usus yang tak dicuci ibarat karpet yang tak dibasuh bertahun-tahun lamanya..
Bayangkan betapa banyak habuk yang tersumbat dalam tue..
Haa.. Jadi, begitulah rupanya usus kita..
Camno nak serap nutrien kalau tersumbat macam tue kan?
Pastu mula lah naik jerawat la, sakit tu sakit nie..
Jadi, camne nak cuci?? Minumlah Aloe nie.. hehehe..
Rasa masam-masam ala air limau nipis gitu...
Kalau mula-mula minum, terasa keloyaan yang amat tue, petanda memang ada masalah kesihatan tubuh badan deme.. :)

4)


Kalau sesiapa yang nak kuruskan badan dengan cepat, minumlah teamix nie banyak-banyak..
Sebab memang bakar kalori sangat cepat..

5)


 6)


7)



 8)


9)

 Macam sedap jerr, macam lazat jer... hehehe
Tapi memang tak tipu pun... Sedap sangat!!
Ala-ala CLOUD9 gitu, tapi nie "Cloud9 sihat".. kih3.. ^_^
Ayuh ber'SNACKING' ngan Herbalife...

In sha Allah, entri akan datang, saya kongsikan pada anda tentang Herbalife Skincare Product pula yer... :)


Berminat nak tahu tentang peluang kesihatan dan menjana pendapatan, boleh hubungi saya.
 Saya sedia berkongsi dengan anda secara percuma. 019-9944012
Atau BBM pin 757CF976.

Wassalam...

Friday 1 November 2013

I am Herbalife Independent Distributor

Assalamualaikum..

Bagi yang friend facebook dan follow Instagram saya, mesti ada yang beranggapan bosan tengok saya asyik post pasal Herbalife je kan?
Tapi, kenapa saya jadi macam tu??

Hehehe... Alhamdulillah.. Kini saya mula berjinak-jinak untuk berbisnes sikit2..
Tapi, persoalannya lagi..
Kenapa HERBALIFE kan???

Kerana saya percaya dengan produk nutrisi nie..
Di samping saya dapat membantu rakan-rakan lain untuk sihat, saya dapat menjana pendapatan.

Alhamdulillah.. Herbalife berjaya mengimprovekan kesihatan..
Ramai yang cakap Herbalife ni hanya untuk mereka yang menghadapi masalah berat badan...
Eh eh?? Nanti dulu... Jom scroll bawah.. :D


Abg Bob aka Firdaus.. Dalam dunia Herbalife, memang famous sangat.. Luar Biasa kan perubahan beliau??
Dulu, ada masalah gout sampai tak boleh berjalan..
Sekarang, wow! wow! wow!
Dulu, kerja juruteknik komputer RM 2000, sekarang Herbalife bayar RM20,000

 Pria dari Indon nie... hehehe..
Luar Biasa kan? :D

Cun kan?
Jom re-shape muka dengan Herbalife

Hilangkan jerawatmu dengan Herbalife.. hehehe..

Atasi masalah rambut anda dengan Herbalife :)


Atasi luka-luka anda dengan Herbalife??

Kurus sangat? Jom cuba Herbalife!
Eh eh.. Abg Victor kita nie ganteng sangat.. kih3..

Wow! Pakcik! Hehehe..

 Hehehe.. Presidents Team Herbalife.. hehehe..
Tengok! Waktu mengandung pun boleh minum..
Kasi maintain badan..

Baby Herbalife!!
Hehehe...Baby pun boleh kasi minum Herbalife

Kesimpulannya, macam nie... :)


Alangkah beruntungnya kan kalau dapat bantu rakan-rakan menjadi lebih sihat dan memiliki kehidupan yang lebih bermakna kan?? :)

Alhamdulillah.. Kini Herbalife sudah bertapak selama 33 tahun dan sudah berada di 89 buah negara...


Malah, Herbalife dinobatkan sebagai "No 1 Best Selling Nutritional Produk" selama 7 tahun berturut.. 

Hehehe.. kat sini nak copy ayat President Team sikit, kak Amalina Peter..

"Sama ada buat Herbalife atau bukan Herbalife, kite tetap kena kerja kuat untuk capai impian diri sendiri dan keluarga. Sama ada sekarang atau nanti, kite tetap kena face jugak. So why not now? So guys, let's work our ass out!!!"

Berminat nak tahu tentang peluang kesihatan dan menjana pendapatan, boleh hubungi saya.
 Saya sedia berkongsi dengan anda secara percuma. 019-9944012
Atau BBM pin 757CF976.

Thursday 26 September 2013

Al-Fatihah... buat PokLong

Assalamualaikum...

21 September 2013, 3.20 petang..
Selepas pemergian adik ayah, Teh lebih kurang setahun yang lalu,
Kini pula perginya abang sulung ayah, Pok Long bertemu Sang Pencipta diri..
Perancangan Allah itu cukup baik bila kami semua adik beradik termasuk abangku di Sabah turut balik hujung minggu tu memandangkan mok ayoh nak berlepas ke Tanah Suci menunaikan haji..

Seingat sy, kali terakhir tengok arwah Pok Long yang ketika itu masih mampu bergerak aktif bila waktu hari raya aidilfitri...
Dan bila sampai IPDA, tengok adik-beradik post di FB tentang PokLong yang ditahan wad..
Pok Long memang selalu sakit tak boleh berjalan memandangkan PokLong ada kencing manis..
Kami sangka, kali ini sakit PokLong seperti kebiasaannya 
Kami sangka akan kembali sihat seperti biasa.
Melalui FB, sy dapat tahu PokLong dan boleh balik rumah..

Hujung minggu tu, pagi 20 Sept sampai di rumah
Sememangnya berhajat nak pergi lawat Tokwan dan Poklong pada petangnya..
Tapi tengahari tu, dapat berita keadaan PokLong tiba-tiba jadi semakin teruk..
Jadi, sy terus pergi rumah PokLong dan tengok ayoh n sanak saudara yang lain dah ada kat rumah PokLong.

Bila masuk je rumah PokLong, hati tetiba diserang rasa sebak yang amat...
Terkejut dan sungguh tak sangka lihat keadaan PokLong yang jauh berbeza yang amat sangat dari biasa..
Mana pergi PokLong yang banyak celotehnya?
Mana pergi PokLong yang aktif pergi sana sini?
Tapi kali ni, apa yang saya nampak hanya PokLong yang terbujur lemah di situ..
Melihat keadaan PokLong yang kurus dan amat lemah itu sungguh hati ini rasa sayu dan tak menentu

Masih saya ingat hingga kini, lama PokLong pandang mata saya bila saya suapkan air untuk PokLong
Rupa-rupanya itulah kali terakhir PokLong pandang mata saya..

Malam itu pulak, abg dari Sabah sampai pukul 11 malam dan terus melawat PokLong.

21 September 2013
Pagi tu memang keadaan agak sibuk
Ada majlis doa selamat di rumah sempena mak ayah yang akan tunai haji..
Dalam masa yang sama, kami sekeluarga bersilih ganti melawat PokLong...

1.30 petang,
Saya bersama Kaklong dan ibu saudara melawat PokLong
Masa tu PokLong sudah mula kekejangan dan muntah-muntah
3.00 petang, ayah call ambulans..
Saya, kaklong dan abg long tunggu ambulans untuk tunjuk jalan
Dalam masa kami tunggu, tiba-tiba dapat call bagitahu PokLong dah takde.
Tak percaya, tak terkata.. Semua ada...

Sesampai kami ke rumah PokLong, ramai dah yang menunggu di sana
Sebab sememangnya sejak 2 hari lepas
memang tidak pernah putus orang yang datang melawat Poklong
Memandangkan Poklong memang ramai yang kenal.

Hati ini makin sebak bila tengok Tokwan yang menangis..
Sy duduk tepi Tokwan dan gosok perlahan belakang Tokwan..
Ye..
Sememangnya ramai-ramai anak Tokwan,
Poklong boleh diibaratkan yang paling rapat dengan Tokwan memandangkan Poklong tak pernah berkahwin dan memang tinggal dengan Tokwan

Bila di IPDA sekalipun, asyik teringatkan Poklong..
Memang seakan-akan sukar nak percaya PokLong dah tiada..
Kenangan dengan PokLong terbayang kembali..
Waktu kecil-kecil dulu,
boleh dikatakan hampir semua adik-beradik bermanja dengan Poklong
Ikut Poklong jalan sini sana
Belajar mengaji dengan PokLong
Memandangkan Poklong memang guru mengaji di kampung..
Pok Long bawak kami mandi pantai
Pok Long jugak yang ambik hantar kami ke sekolah waktu mak ayah balik lambat
Pok Long jugak yang tunggu hampir 2 bulan kat tepi kelas waktu adik, Si Izzam darjah 1 takot nak p sekolah..
PokLong sudah berperanan sebagai seorang ayah bt kami..
Malah, Poklong jugak yang jaga adik2 termasuk ayah sy bila Tokki kami meninggal sejak ayah di bangku sekolah lagi..
Sungguh besar jasa PokLOng buat kami semua..
Kami semua sayang PokLong..
Tapi, ALLAH lebih sayangkan PokLong...

Allahyarham Haji Muhamad bin Omar
1947-2013
Al-Fatihah

Monday 2 September 2013

Cikgu Izzah BerPBS Sem 2

Assalamualaikum...

Release tension jap dengan update blog! ^_^
Lame balik rumah hari tue.. 3 minggu kot..
Seronok!! ^_^ hehehe..

Lepas cuti raya tue, terus p sekolah untuk BerPBS..
PBS Sem 1 dulu buat kat sekolah ayah, kali ni sekolah mak pulak..
SK Penarek, Setiu, Terengganu
Kali ni buat sorang2 je...

Actually, sekolah ni memang dah biase sangat sy jejak.. kih3.. ^_^
Sebab mak and 4 orang adik2  semua mengajar n belajar kat sini..
Musim menganggur zaman lepas SPM dulu pun, hampir 2 bulan hari2 datang duk tercongok lam bilik mak.. kih3..
Sebab??? X berani duk sorang2 kat umah yg memang banyak hutan tue... hihihih..
Jadi, keje kat sekolah ni dulu ajar nasyid n budak pidato.

Persediaan sebelum PBS ni, memang agak pening kepale jugak..
Bayangkan, kena buat 3 esemen berdasarkan PBS ni..
Mana x pening kepala cheq...
So, langkah terbaik, list siap2 ape yang perlu dibuat..

Sebelum mula berPBS, kena siapkan BBM nya lagi..
Naseb baek, si dikna kecik sudi nak menolong..
Walaupun banyaknye tolong tengok! hahaha...
Mak pun pening tengok anak dara dye duk p kedai alat tulis je kejenya..
*habes duit raya beli bahan2 aje.. hihih"

Maka, bermula lah PBS ku..
Dan dari hari pertama hingga hari terakhir, kejenya dalam Bilik Pemulihan aje..
Nama dah kan Cikgu Pemulihan! hehehe.. ^_^

Tapi paling lawak, asalnya sy paling awal datang sekolah..
Tapi last2 sy paling lewat jejak kaki kat tapak assembly..
Dek kerana tertinggal fail, borang berPBS nie.
Camno cheq nak lapor diri kalu xde surat tue?? huhu
Naseb baek mak suruh bawak kete masing-masing p sekolah..
Takde la bersesak2 ngan adik2ku yang buntal semua lam kete mak.. haha..
Lagipun, mak pun mengajar kelas KAFA..
Jadi, susah la nak balik tengahari nanti sebab mak jarang balik time tengahari..

Paling seronok, masa ajar budak-budak Tahun 1 guna bahan-bahan dalam laptop sendiri..


Jom tengok budak darjah 1 nyanyi lagu ABC.. Sini!! My keek account

Disebabkan takde pape sangat nak buat PBS, so volunteer diri sendiri untuk buat keje2 untuk Kak Sal aka Cg Pemulihan kat sini..
hehe.. last2 dapat keje2 buat carta semua..
Haa~~ Actually, memang suka buat keje2 camni..
Seronok tengok hasil sendiri..
*Walau xde la cantik sangat.. hihi*

3 carta pelajar n 3 carta token...


Hari ketiga memang paling takleh lupa..
Naek angin dah pagi2 ngan adik sendiri..
Boleh pulak dye pergi sorok kunci kereta..
Terpaksa la pergi ngan mak sekolah
Kesnya??? Tak bagi dye drive petang sebelum tue..
Nama dah darjah 6 cik adik oiii..
Takkan nak bagi drive, kakak sendiri pun boleh x boleh aje nak mendrive..
Ni nak pantau orang pulak..
Hahaha..bagi jugak la dye drive petang Rabu tue..
Maen asyik bagi jelingan maut aje kalau bertembung...
*Kak Ijah mung ni lembut hati tau dop, eman! wakakaka*

Dah namanya SBE sorang2 kan, memang takde nak ambik gambar ngan budak2.. hehehe..
Tapi, naseb baek adik2 sendiri ada, boleh la mintak tolong snap.. :D


 Gambar kat bawah ni ialah Razwan, Azzam dan Aiman.. heheh
Time Kak Sal takde, paksa jugak suruh Cikgu Izzah ni ajar dye...
Mula2 tu memang susah nak kawal, asyik nak citer aje..
Lepas bagi board ni, baru senyap sikit..
Tu pun bising lagi, tanding sape paling cepat tulisnya..


Paling xsyoknya sesekolah ngan adik2 sendiri ni ialah..
--> Sesuka hati usus dia aje mintak duit ngan I..
Ingat I dah keje ke?
Masa rehat minta, balik sekolah mintak, petang pun minta..
Pokai la I macam ni..
Tapi, xpe.. Saya memang suka sumbat makanan kat adik2 nie..
Bia kasi bulat lagi.. wakaka..
*adik2 sendiri, takkan nak berkira, ye dop? lagipun balik pun sekali sekala aje* :)


Last day kat sekolah, buat xtvt terapi sikit ngan budak2 kat sini..
Tugasan esemen jugak sebenarnya..


Pengalaman memang tak dapat dibeli kat mana-mana kan??
Kadang-kadang, selalu fikir, xsabar dah nak jadi Cikgu Izzah yg sebenar.. hehehe..
Sem depan buat kat mane pulak???
In sha Allah, maybe kat sekolah My Kaklong pulak.. hehehe, boleh x long??
*Tu pun kalau kalau kaklong x pindah ikut encik hubbynya lagi la..
Nak buat kat Cikgu Ammar kan, jauh sangat kat Sabah sana...
So pikiq! pikiq!! hehehe..

Sekian.. :)
Sambung keje! :D

Saturday 20 July 2013

Bakul Ramadhan + Iftar 2013

Assalamualaikum :)

19/7/2013 bersamaan Hari Jumaat
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah
Hari yang penuh padat dengan macam2 aktiviti :)

Bakul Ramadhan 2013

Haaa~~ masa pergi Program Fiqh Wanita hari tu la dapat tahu tentang program ni
Di akhir ceramah tu, 1 video ditunjukkan tentang Bakul Ramadhan tahun yang sudah
Dan pada ceramah hari tu jugak, borang sumbangan telah diedarkan..
Tapi, saya hanya mampu menanda sumbangan tenaga je la
(Time tu cheq punyer elaun xmasuk lagi..tak mampu nak sumbang kewangan.. hehe)


Ye...!! Sangat suka aktiviti2 yang macam ni..
Ala-ala sukarelawan dan pastinya kebajikan

Teringat pesanan Kak Alifah..
Kak Alifah tak dapat nak join sebab menolong Kak Ina untuk jamuan iftar usrah..

"Ambil peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Semoga dapat menginsafi diri. Ingat Izzah.. Jangan pergi tanpa bawa apa-apa pengajaran dari kehidupan orang lain. Semoga ALLAH mendidik hati kita untuk rasa bersyukur"

Dan Alhamdulillah... 
Program sebegini sememangnya banyak mengerti saya tentang erti bersyukur.
Di saat kita rasa masih kekurangan dengan keperluan dan kehendak hidup kita, maka muhasabah dirilah dengan melihat mereka yang lebih kekurangan daripada kita..
Haa~~ Program ini di bawah Program ISMA..
Dan pada hari ni, 8 rumah dilawati mengikut kumpulan masing-masing..

Mengedar RISALAH aka FLYERS

Tentang apakah?? Haa~~ Tentang INI.

Selesai sahaja kami melawat rumah, kami berkumpul kembali di masjid sambil lipat flyers ni.
Lepas tu, pembahagian kumpulan dilakukan..
Kak Siti, Kak Tiqah, Kak Athirah, Fiqah dan saya ditugaskan mengedar 1500 flyer kat Masjid AlBukhary.. Saaaaaangaaaat banyak habaq hang! hehehe..
Tapi nak bagitahu jugak kat sini!
Cantik dan indah sangat Masjid AlBukhary nie... ^_^


Tak nafi ada jugak perasaan excited nak edar..
Almaklumlah first time buat xtvt macam nie.. hehe

Kami edar dengan letak kat kenderaan orang yang pi Solat Jumaat..
Haaa ~~ Sangat banyak kereta kat masjid tue.. :D
Dan Alhamdulillah.. Rasanya dalam 1000 lebih jugak kami berjaya edar..
Tak puas lagi, kami sambung edar sikit2 dalam Giant sebelah masjid tuh... huhu..

Bayangkan dari 1.20 - 2.30 kami round2 kawasan parking kat Masjid tuh.. huhu..
Tapi, peliknya time edar xletih, lepas sudah duk lam kereta..
Barulah rasa letih yang amat sangat dan dahaga tu usah dibagitahu la..
huhuhu... Buat amal dalam bulan puasa kan banyak pahalanya.. kan kan kan? ^_^

Sampai kat hostel dalam pukul 3.00 petang jugak..

Iftar Bersama Sahabat Usrah

 Kali ni, Kak Ina ajak iftar bersama-sama.. :)
Ada cucur, ikan patin, ikan bakar, bubur lambuk dan macam-macam lagi..
Sambil tunggu masuk waktu berbuka tu, diadakan sedikit tazkirah bersama Kak Nas.
Akak ni sempat berkongsi pengalaman beliau puasa kat oversea! ^_^
Banyak kata-kata membina, nasihat dan pengajaran yang akak-akak usrah kongsikan..

"Jadikan amalan kita dalam bulan puasa ini LUAR BIASA"

"Bulan Ramadhan ini lah satu peluang untuk kita meninggalkan apa yang lagha buat kita, sebab syaitan dah takde, hanya tinggal kita lawan dengan NAFSU kita sahaja"

"Allah bertindak dengan apa yang kita sangka. Sebab itu lah pentingnya BERBAIK SANGKA"


dan macam-macam lagi nasihat daripada akak2.. :)


Selepas solat maghrib berjemaah dan iftar bersama-sama, kami pun menuju ke Masjid hampir dengan Tasik tue untuk Solat Terawih

Selesai sahaja, ada sedikit aktiviti..
Buat bulatan, pegang tangan dan pejam mata..
Jeng Jeng Jeng!! ^_^ hehe.. Semua orang dapat hadiah misteri :D hehe..
Terima kasih akak2.. ^_^

Sepeti kata-kata Kak Tiqah
"Alhamdulillah. Jumaat di bulan Barakah.. Moga Allah angkat aktiviti kita hari ni sebagai satu ibadah, Insha Allah! Allahumma Bariklana Ramadhan.. :') I'm looking forward for our next activity.. If God willing" 
 :D

Saturday 6 July 2013

Daurah Journey To Ramadhan & Seminar Fiqh Wanita

Assalamualaikum..

Alhamdulillah
Minggu ni sempat pergi 2 event
Teringat kata2 Prof Dr Muhaya, katanya
"Dalam 3 hari tak menghadiri majlis ilmu, akan timbul 1 titik hitam di hati kita"
Allahu..

Rabu : 3 Julai 2013 (Daurah Journey To Ramadhan)


Haa.. Daurah kali ni banyak juga tekankan dalam bab DOA
kerana.. Allah kan tidak menolak doa orang yang berpuasa
Walau Allah tak makbulkan doa seperti yang dipinta, Allah akan tukarkannya dengan sesuatu yang terbaik buat kita..
Janji Allah itu benar! 

 Akak juga menekankan soal IMAN di hati kita
"Ketika mana dosa kita banyak dan amalan ketaatan kita kurang, maka ini bermakna iman di hati kita turut berkurang" Nauzubillah...
Dan.. INGAT!! Jangan pernah rasa selesa dengan iman di hati kita..
Bercakap soal hati, soal Al-Quran juga turut dibangkitkan..
Kerana..
Hati seorang mukmin itu sentiasa memerlukan sentuhan Al-Quran

Sabtu : 6 Julai 2013 (Seminar Fiqh Wanita)

Haa.. seminar ni diadakan di INSPIN, Alor Setar dari Jam 8.00 -12.30 tgahari..

Walaupun pada awalnya, hati ni berat nak join memandangkan takde teman dan banyak kerja..
Tapi, Alhamdulillah.. Allah gerakkan juga hati sy untuk say YES waktu kak Tiqah tanya nak join x..
hehe.. masih terngiang2 jugak kata akak time dulu..
"Tika kita rasa tersepit antara kesempitan masa dan majlis ilmu, maka pilihlah menghadiri majlis ilmu tersebut kerana bila kita berada di jalanNya, maka DIA akan cukupkan waktu buat kita"..
In sha ALLAH

Alhamdulillah~ banyak ilmu baru sy dapat dalam event kali ni..
Terutamanya dari permasalah wanita, fadhilat puasa dan soal hukum hakam..
Malah, seperti kata penceramah :
Sebelum bermula Ramadhan inilah, kita perlu buat :
--> Persediaan ilmu
--> Persediaan hati
--> keikhlasan hati
Agar.. Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat diri.. :)

Dan.. penceramah juga menekankan bab2 SAHUR nie..
Almaklumlah, bila duk kat asrama ni, memang susah bebeno nak bangun sahur..
Tambah, bukan ada banyak sangat stok makanan nak 'disahurkan'.. wee.. ^_^

Apa kepentingan berSAHUR??
--> untuk mendapat keberkatan
--> untuk mengelakkan ada persamaan dengan puasa seperti agama lain
kan kan kan??? ^_^
*Tekad nak selalu bangun sahur la tahun ni! hehehe :D*

Penceramah juga menekankan fadhilat berPUASA nie..
Antara nya :
--> Membantu menghilangkan kemurungan
--> Penawar masalah jantung
--> Menghalang kegemukan
--> Meningkatkan tahap imuniti badan..

Pendek kata, banyak sungguh kebaikannya pada tubuh badan nie..
"Orang mukmin yang kuat itu kan adalah orang yang kuat fizikalnya??" ^_^
 

Salam Ramadhan buat semua ^_^
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua.. :)

*Alhamdulillah, 1st day puasa tahun ni dapat sambut kat rumah.. hehe.. :D


Friday 14 June 2013

Wedding KakLong, Iffah Sauti :D

Assalamualaikum..

Lama sangat-sangat tak update blog
Dah berhabuk mungkin??? heheh..
Tapi tetiba pulak ada masa petang2 camni..
Actually, lebih kepada bosan..
Sorang2 duk lam rumah..

Mak ayah, dikna semua duk kat halaman rumah ( me?? memang jarang yang amat turun rumah)
Adik-adik pergi maen bola kat padang..
Abang, kakak-kakak n abang ipar travel di Thailand untuk event Herbalife diorang
Abang sorang lagi, Ammar tak tahu hari ni busy p mana plak.. hehehe..

So, masuk kepada tajuk entri
Perkahwinan my KakLong Iffah Sauti!!! ^_^

haaaaa~~ truly cakap la ni, memang aq yang excited terlebih
sebab ni first time family kami bt majlis wedding nie.. huhu..

24 Mei 2013
~Malam Akad Nikah~

Tengok jari, inai penuh
Orang laen nikah, orang laen sibuk nak berinai
hahaha.. almaklumlah xpernah pakai inai.. kih3.. ^_^

Time akad nikah, memang tak nafi
Saya yang tukang tengok tu pun naek nervous, apatah lagi si pengantin..

25 Mei 2013
~Kenduri~
 Ok~ gambar xjelas.. huhu
Haa~~ hari tu jadi pengapit taw.. haha.. lawak n sangat awkward..
Sebab tanpa dirancang, mak suh jadi..


Yang penting, I love the buttons!! hehe.. cute gilerr ^_^
 
comel je kan?? hehe

Ni pulak untuk, urm apa erk orang panggil??
untuk belia2 kampung yang datang tolong untuk kenduri ni..
Honestly, memang sy cukup kagum kat diorang
Sangat rajin, sangat bagus, sangat suka menolong dan sangat sempoi..
Dah rasa cam adik2 saya..
Siap malam sebelum kenduri ni, ada mesyuarat pembahagian AJK tugas masing2 lagi..
Dan siap tido kat umah kami, katanya nak tolong jaga barang2.. ambooi~~> hehe
Baju ni colour oren actually, awat jd color cmni lam gambar??
T-shirt sponsor by = Amir Sauti.. herbalife!! wehehehe.. :D

Dan majlis tu, Alhamdulillah, meriah.. ramai kenalan kami semua hadir.. hehe. :)
Terima kasih tak terhingga kepada sanak saudara, orang-orang kampung dan mana2 pihak yang sama-sama menjayakan majlis kenduri ni.. :)

1 Jun 2013
~Majlis sebelah Abang Ipar~


Abang Ipar ni orang Pahang..
Pagi2 buta jam 6 pagi dah bertolak menuju ke Pahang
Mak, ayah, Ammar, Ijam, Asyraf dan Ina semua dah pergi lebih awal sebab ada konvokesyen Cikgu Ammar kita 29 Mei tu kat Putrajaya .. :D
Kira tinggal kami berlima je lagi kena bertolak p Pahang bersama sanak saudara lain.

Haaa~ Tahniah my bro atas dapat 2 anugerah
--> Anugerah Cemerlang Kokurikulum
--> Anugerah Cemerlang Kepimpinan

Rombongan bas pula bertolak jam 7.00 pagi

Gambar2 yang official memang xdapat lagi, tapi, suka sangat baju kuning kaklong time majlis ni
Anggun, elegant, cute!! ^_^ hehehe 


Akhir kata
--> Saya doakan kebahagiaan abang long dan kak long
--> Semoga kekal sampai ke Syurga
--> Semoga dapat anak-anak yang comel2, soleh solehah
--> Semoga perkahwinan yang dibina sentiasa dirahmati dan diberkati Allah
--> For kaklong Puan Iffah Sauti aka Zaujah En Hafiz Jaafar, be a good wife, a good mum in sha Allah and a good menantu.. hehe..
Aamin... :D

Wednesday 24 April 2013

Sungguh tak sangka~Be strong bro!

Assalamualaikum..

Hari tu hari Isnin, hari UAK.. exam!
dan ada gap lepas 1st exam.
Seperti biasa, tengahari tu bukak fb then terbaca status my abang..


Dalam fikiran saya..
"Eh, ada nape?" "Urm..Mungkin ada la tue masalah mesy2 my abang ke ni"
Ye. sebab abangku yang sorang very the busy person..

Buat tak tahu je la kan..
Dan, petang tu jawab exam lagi..
Balik exam, bukak la fb balik then the new status pun muncul


time ni feeling dye "urmm.. bakpe erk?"
So, atar la chat kat kaklong.. dan dia sendiri pun tak tahu kenapa..
Dek kerana beliau pun p berkursus time tue..
*haddooi~~ sibuk sungguh bakal raja sehari nie..

haa~tiba la waktu hampir maghrib kot..
Saw this status..

Waktu ni baru la boleh related kan status Ammar Sauti..
"mungkin dia p tengok amir kot"
tapi, I thought the accident maybe not so teruk bila tengok sikit je..

Tak lama lepas tu.. waktu malam Amir Sauti updated status


yup! terkejut memang sangat terkejut..
I can't imagine apa perasaan my abang waktu kereta lain terbabas lagi..

tapi, tersangat Alhamdulillah because my abang selamat..
Mari kita sama-sama doakan untuk mama kepada Alif untuk cepat sembuh..

sempat mentweet.. :D


ye.. memang betol. rase masih terlampau baru berita kemalangan yang dulu..



Pagi ni, ada status terbaru



Yang penting, shake herbalife jangan dilupai.. ;D

Apa-apa pun, moga Amir Sauti cepat sembuh. dan kuat menghadapi dugaan kali ini..

to myself, my family dan bagi anda yang sedang membaca, sentiasalah berhati-hati di jalan raya ye..

Updated 24/4


Al-fatihah..