TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Monday 14 January 2013

PISMP Sem 1 -Saya dan XTVT!

Assalamualaikum..

Saya yang sudah pun menamatkan PPISMP selama 3 semester itu! ^_^
Alhamdulillah...
Tamatlah sudah "Peringkat Pertama" itu..
Walaupun dah 2 minggu kami mula kembali ke IPDA
Tapi baru hari nie berkesempatan nak blogging pasal nie..
Dan saya cukup berpuas hati dengan pointer di sem 3 itu.
Dan dalam masa yang sama sangat tak sangka sebab hanya diriku yang tahu banyak mana aje yang saya study..
Dan selebihnya hanya maen-maen dan layan laptop.. hehehe..

Pengajian Sem 1 PISMP bermula pada 1 Januari 2013 yang lepas bersamaan hari Selasa..
Berorientasi selama 2 hari dan hari Khamis kami memulakan pengajian seperti biasa..

Sebagai pelajar major Pendidikan Pemulihan, maka subjek major yang kami perlu pelajari semester ini ialah :
--> Pengenalan kepada Pendidikan Pemulihan
--> Masalah Bahasa dan Komunikasi..

Tak dapat dinafikan, agak takot juga andai tak mampu nak carry out subjek-subjek lain yang kebanyakkan tertumpu kepada bacaan...
Di mana tersangatlah lemah kalau bab-bab subjek yang perlu banyak membaca nie..
Terutamanya subjek EDU nie..
*Dengar citer subjek killer jugak nih*

Tapi, perlu ada motivasi diri kan? So...
"Moge sentiasa berfikiran positif wahai Cik Nur Izzah bt Sauti!" :D


-
Sebenarnya malam-malam buta ni agak bosan sikit..
Almaklumlah homework pembentangan yang bertimbun terasa malas nak dibuat.. hehe

Malam ni pun baru aje pulang dari gathering bersama isteri presiden ISMA pkul 11 malam tadi..
Alhamdulillah banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat malam ni..
Mudah-mudahan sy akan terus beristiqomah dalam mencari ilmu agama yang boleh menyinari hidup sy dalam menuju ke jalan ALLAH Yang Maha Kuasa..

Berbalik kepada soal istiqomah ni dalam melakukan penghijrahan ke arah kebaikan..
Alhamdulillah rasanya minggu ni agak padat dengan pelbagai aktivti yang bermanfaat..
Antaranya latihan Qasidah untuk program Lantunan Mahabbah 25 Jan ini bertempat di Stadium Alor Setar..
Program ni pun dihadiri oleh para muslimat belake..
Dan bermula hari ni, in sha Allah tiap2 hari, waktu petang akan berlatih.
Dan sesungguhnya besar ganjarannya berselawat kepada Rasulullah S.A.W kan?

Hujung minggu nie pulak 'Muslim Youth Gathering'..
Bersama-sama beliawanis dari UUM, Insaniah, IPDA dan KMK..
Rasa sangat teruja nak pergi... Yuran pun berpatutan.. :D
Dan pastinya banyak aktiviti pengisian rohani di samping beriadah..
Program di UIA pulak berkaitan dengan Aman Palestin..
Tapi, tak dapat nak join sekali..

Dan yang paling excited sangat,
Awal cuti Tahun Baru Cina nanti, In sha Allah jika tiada aral melintang, melibatkan diri berfasilitator bersama-sama anak-anak yatim..
Memang dah lama sangat sy menantikan peluang macam ni..
Bersama adik-adik yang kurang bernasib baik, berkongsi suka-duka bersama mereka, dan pastinya kasih sayang bt mereka kan?
Jadi, apa tunggu lagi kalau peluang dah ada depan mata??
Sangat-sangat berharap untuk dapat melibatkan diri sama dalam program ni nanti..
In sha Allah.. Aamin... (^_^)

*Segala aktiviti-aktiviti ni In sha Allah akan diupdatekan nanti... ^_^

No comments:

Post a Comment