TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Friday 5 August 2016

RAWAT RESDUNG

 Assalamualaikum

 
Wahhh.Macam ni rupanya asal usul perkataan RESDUNG terbentuk. 
Sangat menarik. Ada sejarah rupanya di sebalik nama resdung. 
Hebat nenek moyang kita dulu.

Dulu selalu dengar resdung ni disebabkan ulat yang menyerang hidung. 
Entah betul entah tidak. Hmm. 
Ada yang merawat guna asap. Lepas tu akan keluar ulat-ulat. 
Eeeee. Geli. Dengar khabarnya la. Rasanya macam tipu je.

Ok. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan resdung ni
boleh la layari blog ni http://rawatresdung.com/blog/
Serius, sangat menarik.

Monday 11 July 2016

FLIP BOOK THESIS


Assalamualaikum.

Di sini saya sertakan buku cerita kanak-kanak online yang dilaksanakan sebagai salah satu bahan Penyelidikan Tindakan Semester 8 saya.

Buku cerita berikut adalah hasil ringkasan daripada buku-buku lain.


ANGSA BIJAK

BAKUL SI ORANG TUA

Tuesday 23 February 2016

Kerna Yang Hidup Pasti Mati

Tanggal 13 Februari 2016.

Bermula saat itu, berhari-hari bangun dari tidur dengan rembesan air mata.

Mana mungkin hati dan perasaan masih tegar menerima hakikat "AKU SUDAH TIADA AYAH"

Jumaatnya tika tiba di rumah, ayah masih sihat walafiat. 
Masih dapat pergi makan kenduri sama-sama.
Masih dapat lihat ayah dapat berkebun seperti biasa.

Tapi 4 hari kemudian ayah sakit dengan tiba.
Dan 4 hari kemudiannya, ayah pergi buat selama-lamanya.



Tapi, aku cuba redha dan redha.
Memujuk hati dengan segala kata-kata yang dapat menenangkan jiwa.
Dan alhamdulillah, tiba di Kedah, bersama kawan-kawan.
Sibuk dengan praktikum, hati ini terubat dan cuba pasrah.
Walaupun kadang-kadang aku rasa ayah masih ada di rumah ke sekolah seperti biasanya.

Aku doakan mak, kakak, abang dan adik-adik yang berada di rumah.
Didoakan hati mereka tabah.
Perit perasaan mereka pasti lebih daripada aku.
Apatah lagi memandang setiap pelusuk rumah, pastikan terkenang kenangan bersama ayah.

Ayah, Ijah percaya ayah saaaaangat baik orangnya.
Amat kerap menasihati kami untuk menolong dan memudahkan urusan orang lain.
Allah lebih sayangkan ayah.
Setiap orang akan merasai kehilangan, hanya masa yang menentukan.
Masa cepat datang untuk kami.
Allah lebih tahu DIA tidak akan menguji jika kami tak mampu.

Untuk adik-adik.
Membesar lah menjadi anak yang baik.
Sungguh, walaupun adik-adik tak dapat membesar seperti kami yang berAYAH.
Tapi, insyaAllah, kami cuba besarkan adik-adik sebagaimana ayah mendidik.
Walaupun amat sukar sekali menjadi setenang ayah.
Walaupun amat sukar sekali menjadi seperti ayah yang tidak pernah marah apatah menjentik kami.
Walaupun amat sukar sekali mencuba menunaikan segala hajat seperti ayah.

Terkilan. Sungguh. Rasa amat terkilan.
Aku tidak sempat berjasa buat ayah.
Tidak sempat membalas walau sedikit cuma dari berjuta-juta pengorbanan ayah.

Tiap semester, aku cuba dapat dean list.
Biar konvo nanti dapat ijazah kelas pertama.
Kerana nak cuba buktikan pada ayah....
Ijah dapat ijazah ni bukan semata-mata kerana keinginan ayah.
Ijah dapat ijazah ni sebab Ijah anak ayah yang mewarisi jiwa besar ayah dalam dunia pendidikan.
InsyaAllah.

Tapi, Allah lebih pandai merancang.
Ijah pasti ada hikmah semua ini terjadi.
Cepat atau lambat, pasti insyaAllah suatu hari nanti kami dapat lihat hikmah yang tersembunyi..

KERANA ITU...
Kami redha dan redha menerima ketentuan illahi.

Ijah rindu ayooh..
Moga ayooh hadir dalam mimpi malam ini. :D
Ijah rindu nak tengok senyum ketawa ayoh..