TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Tuesday 29 January 2013

Keputusan Bertudung Labuh

Assalamualaikum.

Sebelum sambung baca entri saya hari ni, jom kita berselawat kepada Rasulullah dulu yer..

Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)

*Sebenarnya, baru je balik dari dengar ceramah tentang 'Travelog Cinta Rasulullah'

Baiklah! ^_^ Berbalik kepada tajuk asal entri kali nie..
Alhamdulillah.. *clap*clap*clap! 'hehe.. pada diri sendiri'..
Sebab hari nie hampir genap seminggu setelah saya bertekad berhijrah pakai tudung labuh..
*Labuh la berbanding dulu..
Dulu pakai yang sedang-sedang ya amat..
Sekarang. alhamdulillah.. bidang 60' dan 50'..


Timbul rasa hati nak memakai tudung labuh tu sebenarnya bila malam time nak tido lepas balik dari Daurah 'Kisah Hari Sabtu'..
Sebab time kat Daurah tu saya pakai jilbab yang saya pakai waktu kat sini..
Dan memang kali pertama pakai kat IPDA.
Dan alhamdulillah, rase tenang dan selesa yang amat..
Dan bila dah fikir masak-masak, then terus menuju ke bilik Zulaikha Uzali..
hehehe. tuk pinjam tudung labuh.. tq ika! ^_^

Hujung minggu tu pulak, terus p borong tudung labuh..
*Al-maklumlah, abang baru bank in duit Yayasan hari tu* heheh..
Dan hasilnya, berjaya membeli 9 helai tudung baru!!!!
Sangat puas hati habaq hang! hehehe.. Alhamdulillah..
Dan saya pasti, duit yang dihabiskan itu berbaloi bagi diri saya sendiri juga kan? :D

Sememangnya, kalau dulu bila terjumpa je ngan golongan yang bertudung labuh
Mesti cakap "Bile la aq nak jadi gini.."
Dan alhamdulillah, hari ini betul-betul terjadi.. :)

Dan saya tahu dengan penghijrahan saya ni, banyak perkara yang saya suka tapi saya wajib tinggalkan!
Terutamanya, macam acara pentas saya buat waktu cuti sem yang lepas..
*siapa yang terbaca post sy dahulu, tahu la.. tp, sekarang dah di deletekan pun post tu*
Dan saya bertekad sangat, itu lah kali terakhir saya melibatkan diri..
Dulu pun, sy pernah berjanji taknak buat lagi..
Tapi lepas hampir 2 tahun, tetap buat lagi.
Walaupun saya tahu, perkara tu sememangnya mengundang dosa!
Astaghfirulllahal'azim..Moga Kau kuatkanlah hatiku ini..

Dan sy juga ingat pesan Ummi aka Puan Aishah
"Bila rasa nak berubah, jangan tangguh.. Nanti rasa tu lama-lama akan hilang" :)
Terima kasih ummi.. :D

Saya juga sangat mengakui sesungguhnya diri ini masih terlalu cetek dalam ilmu agama..
Tapi, masih saya ingat pesan Ustazah Siti Ramlah Bakar tadi :

"Jihad yang perlu ada pada zaman sekarang ialah :
1) Jihad dalam menuntut ilmu
2) Jihad dalam melawan hawa nafsu

Jadi, akhir kalam :
Jom la sama-sama berhijrah ke arah kebaikan..
Secara perlahan-lahan pun tak mengapa...
Mulakan dulu dengan stokin kaki, handsock, inner tudung (sebab banyak tudung sekarang ni yang jarang taw)...
Dan In Sha Allah, lama-lama pasti sempurna seperti layaknya dipanggil Muslimah Sejati..
Sama-sama lah kita ye... Aamin.. :D

Saturday 19 January 2013

Muslimah Youth Gathering 2013

Asssalamualaikum.

Seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini, saya melibatkan diri dalam  satu lagi program anjuran PEMBINA iaitu Muslimah Youth Gathering ataupun lebih singkat dikenali sebagai MYGath.. Turut dinamakan sebagai Muqayyam

MYGath kali ini berlangsung di Tadika Nursyifa, Changlun, Kedah.
Bertarikh 17 dan 18 Jan (Khamis & Jumaat)..


Ramai jugak yang menyertai.. hampir 70 orang..
Dan kebanyakan pesertanya adalah dari UUM, KMK dan IPDA sendiri...
IPDA = K.Tiqah, K.Alifah, Izzah Syazwani, Ilina, Aju, Tira dan saya sendiri :D


K.Tiqah dan K.Alifah datang ambik kami kat IPDA dalam pukul 6.30 petang..
Dan dah menjadi ketentuanNya, kami 'sesat' sikit...
Dan akhirnya sampai kat tadika tu waktu orang tengah solat isyak dah pun.. hehehe...

SLOT 1 'TARBIAH DZATIYYAH'
Sesampai je kami kat sane dan setelah semuanya selesai solat Isyak,
Maka Slot 1 dimulakan yang disampaikan oleh Ustazah Siti Rahmah..
Slot ini dinamakan sebagai Slot 'Tarbiah Dzatiyyah' aka 'Mentarbiah Diri Sendiri'
Apa maksud tarbiah?? Maksudnya memperbaiki... :)
  • Kita perlulah membaiki diri sendiri sebelum memperbaiki orang lain...
  • Hal ini kerana, hisab Allah di akhirat kelak bersifat individual.. faham kan? :)
  • Ustazah juga menekankan soal taubat dan Taubat yang PALING AGUNG adalah Taubat Nabi Adam A.S
  • Belajar ilmu agama adalah lebih penting jika ingin dibandingkan subjek2 pelajaran yang kita belajar selama ini kerana ilmu agama itu fardhu ain bagi semua, manakala subjek2 itu fardhu kifayah. Oleh sebab itu lah, ilmu agamalah yang perlu didahulukan... In sha ALLAH.
SLOT MUHASABAH DIRI 
Tak dinafikan sangat sebak time slot ni... Air mata pun bergenang dah.. hehehe...
Tayangan video tentang seorang anak yang menceritakan detik-detik terakhir sebelum si ibu meninggal dunia..
Memang asyik tekenang-kenang dekat my mom je time tue...
Kak Mas berpesan, sekala-sekali pulang bercuti, gembirakanlah hati ibu bapa, berbaktilah kepada mereka, sayangilah mereka kerana tanpa mereka, tiada lah kita di dunia ini. :D
Walau apa pun orang kata pasal mak dan ayah kita..
Jangan sesekali berpaling dari mereka.. Sentiasalah menggembirakan hati mereka.. In sha ALLAH

Kak Mas juga pesan
"Kita bukan sahaja ingin berjumpa dengan mak ayah time di dunia, malah turut di akhirat jua.. Sebab tu lah, jangan sesekali kita menjadi anak yang mengheret ibu bapa kita ke neraka"
Antara salah satunya dalam bab menutup aurat..
Pesan Kak Mas lagi.. hehehe..
"Tak perlu terburu-buru dalam melakukan perubahan,kerana yang penting konsisten dan istiqamah yang paling diutamakan"...
Setelah seleai dan sebelum tidur, bacaan Al-Mulk beramai-ramai...

SLOT QIAMULLAIL 
Semua bangun dalam pukul 4.00 pagi..
Menyiapkan diri dan berqiamullail.. Alhamdulillah..


Solat taubat, solat tahajud dan solat witir..
Ada bacaan al-ma'thurat... Sampai la solat subuh berjemaah...
Dan diadakan Tazkirah Subuh... :D


Kami bersiap-siap dan makan...
Makan dalam 1 talam taw... 1 grup 5 orang... hehehe..

Siap makan bersuap-suap lagi.. heheeh.. 
K.Ulfa la yang paling suka menyuap orang nie... hehehe
Maka, tak disangka-sangka wujud la geng 1 talam antara kami ber 5.. hehehe...
Adik-adik dari KMK dan sorang akak UUM..
Fatihah, K.Ulfa, Syidah dan Ifah..



EXPLORACE 

Selepas solat sunat Dhuha, kami warming up dan aktviti explorace
xtvt Explorace Muqayyam ini sangat berbeza berbanding explorace yang pernah saya ikuti sebelom nie..
Setiap checkpoint itu, diadakan tugasan yang berlainan..
Ada bacaan ayat-ayat lazim sambil tutup mata n passing ulat cacing kt kawan2.. Tasmik Hadis Ar-Ba'in ke 12.. Bacaan maksud ayat 6 surah At-Tahrim, bacaan maksud Al-Fatihah,Bacaan maksud Surah Ar-Ra'd ayat 11 dan lain-lain tugasan..
Ada antaranya ikat kaki n jalan ala2 keretapi.. yang membawa maksud, dalam xtvt usrah ni,memerlukan kita bawa bersama rakan-rakan agar turut serta menimba ilmu agama ini..
dan lain-lain aktiviti rintangan lagi..
Dan sangat-sangat tak disangka, kump kami menang!!..  ^_^
Dan kata akak2 fasi, mereka men'judging' dari banyak sudut..
Dan sampai ke sudah tak habis fikir camne grup kami boleh menang sebab kami tak sempat ke checkpoint last pun..
Urm, maybe sebab kerjasama ke??? ehehehehe... 


GAMES TAARUF 
Lepas selesai, kami dibahagikan kepada grup yang lain pula..
Masing-masing bertanya perihal ahli kumpulan dan akan membentangkan profil kawan-kawan sekumpulan tue..hehehe...


LDK 

Kami dipecahkan lagi kepada kumpulan yang lain pula..
Agar kami dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara peserta nie..
Setiap kumpulan diberi soalan dan diminta untuk membentangkan cara-cara mengatasinya..
Antara soalan2, cara hidup remaja sekarang yang bangun lewat, tak menjaga batas-batas pergaulan dan macam-macam soalan lagi..
Ada yang menjelaskan melalui lakonan.. hehehe..



Turut juga diselitkan pengalaman-pengalaman peserta dalam menangani masalah tersebut..
Terlalu banyak perkara baru yang saya belajar..
Selama ni hanyalah membaca masalah-masalah remaja melalui novel dan majalah..
Tapi, kali nie saya mendengar sendiri cerita dari orang yang terlibat itu sendiri... 


BBQ!!! 
Walaupun pada mulanya hujan, tapi Alhamdulillah tetap diteruskan..
Masing-masing bekerjasama berBBQ nie lah..
Sambil berBBQ, sambil bercerita... hehehe...


  

Aktivit berBBQ itu selesai dalam pukul 3.30..


Makan dalam 1 talam lagi sambil berkongsi cerita.. hehehe
Dan hasilnya :


Sungguh tak tipu, memang sangat-sangat SEDAP!! heheh..

Selepas selesai sahaja BBQ tu, kami solat Asar
 Seterusnya diadakan majlis penutup dan cenderamata..
Memang sedih berpisah dengan sahabat-sahabat dari UUM dan KMK..
Mudah-mudahan kita kan jumpa lagi ye semua?? hehehe..In sha ALLAH..

Sebelum terpisah tu, menyanyi dulu lagu tema MYGath nie..
Seiring sehaluan - UNIC


Part chorus yang sangat bermakna :

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana ALLAH... :)

Sememangnya semua peserta dan akak-akak fasi tersangatlah baik dan friendly...




Bersama Ulfa... Seorang akak yang sangat2 baik dan punya personaliti yang sangat menarik.. hehhee..
In sha Allah Ulfa, ada peluang nanti jumpe kat C-Mart Changlun nohh.. ^_^
Reunion bersama-sama adik2 comel KMK sekali.. :D

 

Saya yang betudung labuh.. hehehe..
Sebenarnya masih dalam proses percubaan..
Dan memang MYGath ni lah kali pertama saya memakainya..
Dan In sha Allah, bila dah banyak stok tdung labuh nanti, mudah-mudahan diri ini akan istiqamah.. Aamin... :)

Disebabkan tira, izzah syazwani, aju dan ilina terpaksa pulang IPDA awal..
Maka, hanya kami bertiga.. saya, k.alifah dan k.tiqah yang pulang petang tue..
Ondaway pulang tu, K.tiqah dan K.alifah banyak beri nasihat buat saya..
Dan sy banyak juga bertanya soalan pada mereka..
Dan memang tak pernah jemu dan letih memberi kata-kata nasihat buat saya..
Terima kasih yang amat buat akak yang memang sangat baik dan friendly..

Dan seperti kata akak :
Jadikan lah pengalaman program ini untuk satu 'rujukan' bagi program anak yatim pada cuti raya Cina nanti...
Sebab sebelum kita membimbing orang lain, kita perlulah dibimbing dahulu kan?? hehehe
In sha ALLAH...

Kepada rakan-rakan, jom sama-sama join usrah..
Tidak kira lah usrah kat mana-mana sekalipun, asalkan masih di atas tujuan yang sama..
"Mendekatkan diri kepada ALLAH"... :)
In sha Allah...

Wassalam.. ^_^

Monday 14 January 2013

PISMP Sem 1 -Saya dan XTVT!

Assalamualaikum..

Saya yang sudah pun menamatkan PPISMP selama 3 semester itu! ^_^
Alhamdulillah...
Tamatlah sudah "Peringkat Pertama" itu..
Walaupun dah 2 minggu kami mula kembali ke IPDA
Tapi baru hari nie berkesempatan nak blogging pasal nie..
Dan saya cukup berpuas hati dengan pointer di sem 3 itu.
Dan dalam masa yang sama sangat tak sangka sebab hanya diriku yang tahu banyak mana aje yang saya study..
Dan selebihnya hanya maen-maen dan layan laptop.. hehehe..

Pengajian Sem 1 PISMP bermula pada 1 Januari 2013 yang lepas bersamaan hari Selasa..
Berorientasi selama 2 hari dan hari Khamis kami memulakan pengajian seperti biasa..

Sebagai pelajar major Pendidikan Pemulihan, maka subjek major yang kami perlu pelajari semester ini ialah :
--> Pengenalan kepada Pendidikan Pemulihan
--> Masalah Bahasa dan Komunikasi..

Tak dapat dinafikan, agak takot juga andai tak mampu nak carry out subjek-subjek lain yang kebanyakkan tertumpu kepada bacaan...
Di mana tersangatlah lemah kalau bab-bab subjek yang perlu banyak membaca nie..
Terutamanya subjek EDU nie..
*Dengar citer subjek killer jugak nih*

Tapi, perlu ada motivasi diri kan? So...
"Moge sentiasa berfikiran positif wahai Cik Nur Izzah bt Sauti!" :D


-
Sebenarnya malam-malam buta ni agak bosan sikit..
Almaklumlah homework pembentangan yang bertimbun terasa malas nak dibuat.. hehe

Malam ni pun baru aje pulang dari gathering bersama isteri presiden ISMA pkul 11 malam tadi..
Alhamdulillah banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat malam ni..
Mudah-mudahan sy akan terus beristiqomah dalam mencari ilmu agama yang boleh menyinari hidup sy dalam menuju ke jalan ALLAH Yang Maha Kuasa..

Berbalik kepada soal istiqomah ni dalam melakukan penghijrahan ke arah kebaikan..
Alhamdulillah rasanya minggu ni agak padat dengan pelbagai aktivti yang bermanfaat..
Antaranya latihan Qasidah untuk program Lantunan Mahabbah 25 Jan ini bertempat di Stadium Alor Setar..
Program ni pun dihadiri oleh para muslimat belake..
Dan bermula hari ni, in sha Allah tiap2 hari, waktu petang akan berlatih.
Dan sesungguhnya besar ganjarannya berselawat kepada Rasulullah S.A.W kan?

Hujung minggu nie pulak 'Muslim Youth Gathering'..
Bersama-sama beliawanis dari UUM, Insaniah, IPDA dan KMK..
Rasa sangat teruja nak pergi... Yuran pun berpatutan.. :D
Dan pastinya banyak aktiviti pengisian rohani di samping beriadah..
Program di UIA pulak berkaitan dengan Aman Palestin..
Tapi, tak dapat nak join sekali..

Dan yang paling excited sangat,
Awal cuti Tahun Baru Cina nanti, In sha Allah jika tiada aral melintang, melibatkan diri berfasilitator bersama-sama anak-anak yatim..
Memang dah lama sangat sy menantikan peluang macam ni..
Bersama adik-adik yang kurang bernasib baik, berkongsi suka-duka bersama mereka, dan pastinya kasih sayang bt mereka kan?
Jadi, apa tunggu lagi kalau peluang dah ada depan mata??
Sangat-sangat berharap untuk dapat melibatkan diri sama dalam program ni nanti..
In sha Allah.. Aamin... (^_^)

*Segala aktiviti-aktiviti ni In sha Allah akan diupdatekan nanti... ^_^

Monday 7 January 2013

Me & My Mom : Calon Suami

Assalamualaikum...

Di pagi yang hening, dalam kereta..
Me, Mak dan Si Dikna...

Mak : Ada pakwe doh ke?
Me : Haaa?? eh, xdop erh.. malas pakwe2 nie...
Mak : Doh takkan takdop hop kenang kot kat maktab nuh? ustaz-ustaz ke?
Me : hehehe.. takdop erh.. xreti bab-bab gini.. Mok r cari... Kiter x reti..kih3...
Mak : eh, boleh.. tu anak murid ayoh dulu.. ******
Me : ??????

Conclusion dari talking-talking di atas, sebenarnya agak lega jugak...
hahaha.. sebab???
Sebab, memang nak suruh mak cari pun!! So sweet kan bercinta lepas kahwin??
*gatal!!!* kih3.. ^_^Dan saya juga percaya pada jodoh tue sendiri..
Bila sampai waktunya dan andai panjang umur, pasti bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya..
Cuma, S.A.B.A.R..
Muda lagi kot.. Baru 20.... ^_^


kan??? :)

terSUKA dekat seseorang itu perkara biasa..
Oleh itu, kita hanya perlu meminta petunjuk daripada-Nya..
Adakah dia sememangnya untuk kita atau nafsu hati remaja yang ingin bercinta semata-mata?

Sunday 6 January 2013

Muncul Kembali

Assalamualaikum..

Setelah hampir 3 bulan blog kesayangan terdahulu didelete, blog yang baru muncul kembali..



Dah jadi macam tak boleh hidup pulak takde blog kan??
hehehe..
Blog dulu didelete atas sebab-sebab tertentu..
Dan InsyaAllah, perkara sama takkan berulang lagi..
Dan sepanjang ketiadaan blog sendiri, saya diberi peluang oleh seorang kenalan untuk turut sama menulis di blog beliau..
Terima kasih tak terhingga..
Dan InsyaAllah, saya akan terus menulis entri-entri yang mudah-mudahan memberi manfaat walau hanya sedikit buat kita semua di blog tersebut..

Tiada blog sendiri ni, membuatkan saya hilang arah *ayat tak ley blah*.
hilang arah sebab takde tempat nak bercerita..
Tulis dalam buku diari???
kih3.. memang takkan rajin sangat tangan ni nak menulis. huhu.

Blog yang lama dulu saya wujudkan lepas SPM..
Pelbagai kenangan selama 2 tahun itu saya coretkan..
Dan di saat ambil keputusan tuk delete tu, hanya Tuhan je yang tahu sedihnya nak membuang cerita kenangan tu..
Sebab, jika dulu, time kebosanan dan hati berasa tak berapa nak gembira, saya suka baca balik segala celoteh yang pernah dicoretkan..

Blog lama tu jugak, segala widgets yang cantek nak diletak,
tapi blog terbaru nie lebih ke arah simple-mimple aje... :)

Jadi, saya berharap dengan adanya blog baru ini..
Lagi banyak memori gembira saya dapat coretkan di sini..
Memang tak dinafikan tak semuanya dicerita, tapi pastinya kenangan yang gembira tak akan saya lupa... ^_^


----> Is listening to "Apo Kono Eh Jang"..best lagu tuh ok! hehehe..
Dan asyik tersasul nak menulis gune dialek Nogori Sombilan aje.. *entah betol ke tidak ni *.. hahaha.. Saya orang Terengganu okeh... Peace Yoo! :D