TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Monday 25 February 2013

Friendly Comparative Religion~Kewajipan Dakwah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah..
Mengisi hari Jumaat yang lepas dengan ilmu yang sangat berguna buat diri...


Dianjurkan oleh ummi aka Puan Aishah..
Dengan menjemput penceramah, Bro Shah Kirit.


Kali pertama memandang beliau, pandang 2 kali sambil otak giat berfikir
"awat muke laen macam je dengan gambar ni.. kurus je"..
Ok~~ Biarkan hal tu.. Mungkin ada rahsia kurus beliau tue..
Yang penting ilmu yang kami dapat dari beliau..

Slot pertama pagi tu dimulakan dengan Slot Kepentingan Berdakwah..
Ye.. Cukup diakui tersentap dengan kata-kata beliau..
Andai kata di akhirat kelak kite diheret sama ke neraka oleh mereka-mereka yang non-muslim..
Kerana apa???
Kerana tidak pernah berusaha untuk menyampaikan, menyebarkan hatta menceritakan tentang Islam..
Ya Allah... Terus menilai diri sendiri...
Selama ini, berapa banyak kah usaha yang telah dilakukan untuk menyampaikan dakwah???..
Sedangkan sesungguhnya, salah satu cara bersyukur terhadap islam ialah dengan menyebarkan agama Islam..

Dan kawan-kawan...
Apa makna DAKWAH dan ISLAH???
Dakwah nie kita menyebarkan Islam kepada non-muslim..
manakala, Islah ni ilmu kepada sesama muslim...


Beliau juga secara tidak langsung membuka mata kami bahawa :
TIADA ALASAN untuk TIDAK BERDAKWAH..
Tiada ilmu??? Maka, penyelesaiannya pergi la menuntut ilmu..

Misalnya, seorang yang baru bergelar mualaf tidak menunaikan solat 5 waktu kerana tiada ilmu
Apakah wajar lagi alasan itu untuk diterima terhadapnya pada 10 tahun akan datang??
Fikir-fikirkan dan selamat beramal... hehehehe

Dan sesungguhnya, "Sampaikan kepada yang lain walau 1 ayat"
Malah, kalimah syahadah itu sendiri merupakan 1 ayat, maka sebar-sebarkanlah

BAGAIMANA PULA CARA BERDAKWAH??
--> Melalui akhlak yakni menunjukkan akhlak yang baik
--> Melalui lisan, ye.. seperti berblogging, status di FB, Twitter dan sebagainya
--> Melalui harta benda mahupun tenaga..
Kerana sesungguhnya ALLAH memberi pahala kepada hambaNya bukan atas dasar popular mahupun sebaliknya, namun atas keikhlasan hati kita...

"Serulah semua manusia ke jalan Allah secara berhikmah dan berilah peringatan dengan baik dan lembut serta berbahaslah dengan cara yang saaaangat cantik!" :D

Kerana apa??
Kerana Islam itu mengajar kita mencari KEBENARAN, bukannya KEMENANGAN

Persoalan yang sering timbul :
"Kenapa bila kita berdakwah, orang tak nak dengar????" urm...
Tepuk dada, tanya iman..
Bagaimana kita approach mereka??
Apakah selama ini kita memaksa mereka mengikut budaya kita, budaya Melayu??

Tengok pakaian penceramah kita??
Betul kata beliau, agak terkejut, tertanya-tanya..
Kenapa santai semacam jer??? hehehe....

Namun begitu, cara beliau menyampaikan ceramah secara santai dan diselitkan unsur-unsur lawak memang membuatkan kami rasa nak dengar, nak dengar dan nak dengar...
Ditambah lagi, dengan pengalaman-pengalaman beliau selama ini yang semestinya memberi kami satu motivasi dan kagum terhadap beliau sendiri..
Percaya atau tidak, setiap apa yang dihujahkan, dalil-dalil yang berkenaan tidak pernah ditinggalkan..
Malah, turut menyelitkan juga perbandingan yang terdapat dalam kitab ajaran Kristian mahupun Hindu itu sendiri..


Satu perkara yang menarik, beliau banyak kali mengingatkan,
Untuk mengenali Islam, jangan tengok kepada orang Islam, tetapi tengoklah kepada Islam itu sendiri..
Kerana apa??
Kerana berapa ramai antara kita yang selama ini yang sebenar-benarnya mengikut ajaran Islam.
Allahuakbar!!!
Jadi, sekali lagi, Tepuk Dada, Tanya Iman!^_^

Beliau juga banyak mendedahkan kepada kami tentang agama-agama lain..
Membanding-bezakan tentang agama lain..
Dan pastinya penekanan diberikan tentang :
"Salah Faham Non Muslim Terhadap ISLAM"

 Mengapa kita harus ambil peduli tentang salah faham-salah faham ini?
Kerana 1st Step dalam berdakwah itu sendiri, haruslah dimulakan dengan meleraikan segala salah faham mereka-mereka yang non-muslim itu terhadap Islam..
Sebagaimana gelas kotor yang perlu dibasuh terdahulu sebelum dituang air yang bersih kan??

Allah SWT berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 104:
"Hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya"

Sesungguhnya penyertaan dalam ceramah FCR ini memberi seribu satu manfaat buat diri saya sendiri..
Dan jujur dikatakan, tak sabar menunggu kemunculan Fasa ke 2 pula..:D

Akhir kalam, tertarik dengan kata-kata Kak Humaira'
"Walaupun merasakan diri tidak cukup ilmu lagi untuk berdakwah, itu tidak bermakna kita tidak boleh berdakwah!"
Jadi, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin lebih-lebih lagi ilmu yang membawa kita ke jalan ALLAH..
Di samping tidak lupa, untuk menunaikan kewajipan kita dalam berdakwah.


Wallahu'alam.. ^_^

Monday 18 February 2013

Adik-adik Istimewa di Pusat PDK

Assalamualaikum...

Baru saje selesai meeting... Dan agak malas lagi nak perah otak fikir assignment..
Sebab besok kelas kami takde kelas... So, buat besok boleh?? hhehehe..

Alkisahnya entri kali ini ialah berkenaan assignment subjek PKU @ Masalah Bahasa dan Komunikasi memerlukan kami untuk membuat kajian ke atas kanak-kanak usia lingkungan 7-10 tahun yang mempunyai masalah komunikasi..

Jadi, saya bersama Cik Yana berkesempatan berkunjung ke Pusat PDK iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang paling hampir dengan my house, Pusat PDK Kampung Penarek..

Walaupun rancangan awalnya kami nak ke Pusat PDK Kg Buloh, tapi disebabkan ada halangan-halangan, jadi destinasi ditukar pada saat-saat akhir..

Memang cukup nervous jugak waktu sampai saja kat Pusat PDK tue..
Dalam hati dup dap dup dap fikir nak gtaw camne..
Hhehehe.. Tapi Alhamdulillah..
Rupe-rupenye cikgu yang mengajar kat sane senior sekolah rendah dulu haaa...
Dan ada juga bau-bau bacang dengan akak nie...
*Tu la kan.. selame ni duk lalu bape kali depan Pusat PDK ni, tapi takde pun nak menjengah.. isy3..

So, lepas talking-talking sikit ngan Cikgu Na, jadi, kami diajak masuk..
Time tu ada dalam 5 orang pelajar jugerr.
Cikgu Na pun mengenalkan pada kami 2 orang budak yang boleh kami jalankan kajian...

 Bersama adik Sharif yang sangat suke senyum.. ^_^
Hehehe.. 

Cik Yana ngan adik Aisha.. 

Asyraf @ nama glamer, Pok Ya! hehehe...

Haa~~ Lepas kami dah selesai buat kajian, kami p la borak-borak ngan adik-adik nie...
Dan Pok Ya kite ni suka lukis taw...


Saya : Ni lukis ape ni?? wahh~~ comey2...
Pok Ya : Sarung ultraman...
Saya : ooo.. hehehehe.. pandai,pandai~~

Tak terjangka kan?? Tak pernah selama ni saya tengok budak-budak lukis baju je..urm, boleh jadi designer Pok Ya kite nie.. heheheh

 Ni plak Mohd Amirul.
Nama glamor : Amir Ali
Nama kat kampung : Pok Amir...
hehehehe..

Adik Amir kite ni datang lewat sikit kat kelas tue..
Yang lucunya, dia terkejut banget tengok kami 2 orang nie...
Lame sangat dye bt muke comel ala-ala terkejut depan pintu tue..
Ada la dalam 1 minit... hehehehe..
Rupe-rupenye Pok Amir kite ni nak graw ngan kami..
Lepas tu, gelak bukan maen Amir Ali nie..
Siap datang salam lagi...
Very kelakar budak nie... Suke buat orang gelak.. :D hehehe..

Nenk Sharif dan Mak Aisha pun datang jugak tengok pembelajaran adik-adik nie..
Manje sangat adik-adik ni waktu nak makan..
Yang penting, diorang tak buat perangai..
Semua baek dan sopan-sopan gitu...
Mesra lagi... ^_^

Teringat pensyarah Titas kami cakap :
"Beruntung siapa-siapa yang mengajar anak-anak istimewa nie.. Sebab diorang mengajar ahli syurga"
 ^_^

Adik Sharif kite bile dah dapat tab, terus taknak posing lagi.. hehehe..
Haaa~ lagi 2 orang ni pasangan adik beradik..
Dikenali sebagai Kema dan Alang...
Sebelum ni selalu jumpe juga ngan 2 orang nie..
Sebab diorang ni pun selalu datang jenguk-jenguk my Tokwan di rumahnye... hehehe..

Kesimpulannya, pengalaman yang amat bermakna!
Rase nak datang lagi.. ^_^
In sha Allah nanti Cikgu Izzah datang lagi noh..
Amir Ali dan Kema pun duk suruh datang lagi...

Meluangkan masa bersama mereka memberi satu  persepsi baru buat saya..
Sebelum ni, jujur diakui kadang-kadang takut nak dekat dengan mereka..
Bimbang kalau-kalau ada perkara tak diingini berlaku..

Tapi, Alhamdulillah.. Pelaksanaan kajian demi menyiapkan assignment ni sememangnya membuka hati saya tentang adik-adik istimewa seperti ni..
Mereka juga punya hati..
Ingin merasai bermanja dengan mereka-mereka yang sudi menghulurkan kasih sayang seikhlas hati...
Kerana mereka juga tak pinta untuk dilahirkan istimewa seperti ini..

Cukup diakui, mengajar anak-anak berkeperluan khas bukan mudah, perlu sabar dan bijak dalam menangani..
Dan yang penting, harus disematkan dalam hati, jangan sesekali kita mempersia-siakan masa depan anak-anak seperti ini..
Buktinya, ramai kan yang berjaya dan mencipta nama kan??..

Dan yang paling penting..
Anak-anak seperti ini juga merupakan satu rahmat dari Allah dan tanda kekuasaanNya jua kan..
In sha Allah bila berjaya mengasuh dan mendidik anak istimewa ini dengan ikhlas, kepuasan dan rasa bersyukur itu akan menjelma kerana kita berpeluang mendidik insan istimewa ni..

Honestly, tibe2 rase nak tukar jadi Cikgu Pendidikan Khas boleh tak? hehehehe

*Moge ketemu lagi ye adik-adik.. ^_^ Nanti Cikgu Izzah datang lagi..

Saturday 16 February 2013

Kem Muslim Mumtaz Anak-anak Rumah Gemilang

Assalamualaikum…
Semua orang seronok balik bercuti Raya Cina yang baru-baru ni? Hehehe,…
Saya pun seronok jugak... Bukan maen jalan-jalan sambil buat kajian untuk my assignments...
Dan sekarang barulah berpeluang nak update pasal kenangan bermakna baru-baru ini..

*Al-maklumlah kat rumah sememangnya saya amat jarang sekali menghadap laptop.. :D
 

OK.. Terus kepada pengisian tajuk entri ..
Bertarikh 7-10 Februari 2013.. (Khamis –Ahad)..
Syukur ya amat kerana berpeluang menjadi fasilitator kepada anak-anak dari Rumah Gemilang bagi Kem Muslim Mumtaz..
Walaupun pada awalnya terasa berbelah bagi kerana kem ni diadakan waktu cuti panjang..
Tapi, Alhamdulillah.. Allah bukakan jua hati saya untuk meneruskan hasrat di hati..
Dan hasilnya, Alhamdulillah, kem yang sesungguhnya dapat memberi kepuasan hati!
Kem ni Kak Tiqah yang jadi Ketua Projek taw~~


KHAMIS

 Kami....  bersedia nak bertolak! hehehe..

Bertolak jam 5.30 petang dari IPDA.. Berkonvoi dalam beberapa buah kereta..
Dan sampai di Rumah Gemilang, Sik jam hampir 7.30 malam.
Oleh kerana ini merupakan pengalaman pertama saya ke rumah-rumah kebajikan..
Sememangnya sedikit rasa terkejut sebab adik-adik datang ramai-ramai kat kami waktu sampai je kami di sana..
Diorang datang salam dan peluk dah macam memang kenal.. 
Siyesly sangat terkejut, terkesima, semua ada! ^_^ hehehe..
Dan excited pun ada.. Rasa bersyukur ya teramat dapat menimba pengalaman nie..


Malamnya pula, lepas solat + bacaan yassin + makan, kami, fasilitator diminta menulis atas sekeping kertas tentang ciri-ciri yang ada pada diri sebagai klu adik-adik untuk cam kami.. hehehe..
Dan tanpa diduga lepas puas berfikir, akhirnya saya tulis “Bergigi Taring!!” hahaha..
Sebab memang dah tak tahu sangat nak tulis ape… heheh..

Then, lepas tu, keadaan surau agak bising.. adik-adik datang tanya kami..

 “Akak ke? Akak ke?” heheh..
Nak tergelak pun ada.. sebab very the cute n happening jugak time tue..
And lastly.. ni la adik-adik saya.. Izni dan Linda! ^_^



Sian Izni, bape kali tanya akak ye??
Haa~~ dan kalu nak taw, Linda ni ade adik kembar juga taw kat sane. Syidah namanya..
Agak pening jugaklah kadang-kadang coz tak tahu yang mana satu my adik fasi.. hehehe..
Hampir jam 12 malam adik-adik dibenarkan tidur..

Dan waktu ni, saya n kawan-kawan fasi yang lain sempat berbual-bual dengan warden di RG nie.. Banyak jugak maklumat yang kami dapat dari akak nie..
Sebenarnya, kebanyakkan adik-adik di sini mempunyai latar belakang yang berbeza..
Ada yang anak yatim, dan ada juga keluarga yang tidak berkemampuan

 dan terpaksa dihantarkan ke sini..
Dan dibenarkan pulang ke rumah apabila musim cuti tiba.
Malah, ada juga adik-adik yang langsung tak diketahui waris-warisnya..
Tambahan lagi, ada juga beberapa orang adik-adik kat sini yang mengalami masalah seperti slow-learner..
agak lama jugak sebnarnya berbual-bual ngan akak tue..
Dan banyak  juga maklumat dan cerita-cerita yang kami dapat…


Antara barisan fasi yang menghandle adik-adik muslimin...

JUMAAT

 

Paginya, kami bertolak dalam jam 8 pagi dari Rumah Gemilang ke Keda Resort, Bendang Man..


Sebab kat sini la tapak perkhemahan Kem Muslim Mumtaz tue..
Dan saya bersama beberapa orang fasilitator yang laen naek bas sama ngan adik-adik Rumah Gemilang yang laen..
Dan sepanjang perjalanan tu, macam-macam lagu adik-adik ni nyanyi taw..
Dan sebenarnya, saya terasa sedikit sebak time nie…
Cukup kagum dengan keceriaan yang mereka ada, semangat mereka sedangkan saya cukup sedar hidup mereka agak kekurangan.
Kekurangan kasih sayang, malah juga keperluan..
Adik-adik ni jahit sendiri taw diorang punyer tudung sekolah,.. 

malah, kami sempat lihat diorang punyer kepakaran menjahit khamis malam tue.. hehe..
Sesampai saje di Keda Resort tue hampir jam 10 pagi,.. kami berkemas-kemas barang dulu..


Barang amanah adik-adik

Dan slot pertama dimulakan… “Waja Dalam Diri”
Dalam slot ni, para peserta bersama akak fasi diminta menyusun lirik lagu MASIH ADA WAKTU yang dinyanyikan oleh kumpulan RAST…
Walaupun pada awalnya rentak lagu ni memang agak sukar nak diikuti..
Tapi, tak dapat dinafikan lagu dan liriknya cukup mendalam dan amat tepat sekali dijadikan lagu tema kem kali nie..




 Moga ukhuwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta illahi
Moga bahgia di negeri abadi..

Seusai makan tengah hari dan solat zuhur,
Slot “Di Mana Anda Berada” pula yang menyusul..
Slot di mana fasi dan adik-adik bertanyakan tentang kefahaman mereka tentang aurat..
Alhamdulillah, adik-adik ni kebanyakannya sememangnya tahu batasan aurat kaum hawa nie.
Dan pencerahan tentang batasan aurat dengan sepupu lelaki dan abang ipar juga turut dinyatakan..



Selepas itu, solat asar dan riadah..
Riadah time nie, adik-adik dan fasi-fasi berpeluang maen air kat sini..
Wah~~!!! Sangat best!! Sangat jeles jugak!! >_< hehehe.
Sebab saya ditugaskan memasak time nie.. hehe..



Tapi, best jugak masak.. pengalaman masak ramai-ramai kan..
huhu.. time ni kami masak telur masak kicap..
Izzah Syazwani memang pandai masak! Sangat sedap habaq hang.. hehe..
Saya juz tolong goreng telur mata n tolong ape-ape yang patut.. :D



Solat maghrib, makan malam dan solat isyak..

Dan slot “Mahabbah Rasulullah” diadakan..
Slot ni dikendalikan sendiri oleh Kak Tiqah..
Dan adik-adik ditugaskan untuk menulis surat seandainya Rasulullah masih ada..
Malah, sy masih simpan surat-surat kepunyaan adik-adik fasi saya..
Dan slot ni sudah pastinya untuk mempuk rasa kasih dan sayang kita buat Rasulullah SAW di samping menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW..



Sebelum tidur, bacaan Al-Mulk beramai-ramai..
Haa~~ ni kali pertama pengalaman saya tidur dalam khemah yang bersimen..
Memang tak sempat nak rasa xselesa, xsuka or sebagainya..
Sebab memang mengantuk dah time tue.. kih3.. ^_^


SABTU


Bangun jam 4.30 pagi!! ^_^
hehehe.. kerana ada Qiyamullail.
Solat tahajud, solat taubat, solat hajat dan solat witir..
Selepas itu, solat subuh dan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Abang Fasi..

Slot cergaskan diri di bawah kelolaan cik Fatnin kite.. :D



Seusai sarapan, jam 9 pagi.. Slot “Tak Kenal Maka Tak Cinta” bermula..
Waktu ni fasilitator berpeluang bersama adik-adik fasi masing-masing..
Dan juga bebas untuk duduk di mana-mana..
Dan kami memilih duk di atas batu dalam air.. sangat sejuk! ^_^
Banyak cerita yang Izni dan Syidah ceritakan pada saya..
Kami berbual-bual dan apa yang cuba ditekankan di sini adalah berkenaan IDOLA..
At the last, sy tekankan di sini IDOLA kita adalah diri sendiri…
Kerana setiap apa jua yang dilakukan itu bermulanya dari diri kita sendiri kan??



Jam 11 pagi pula, semua berkumpul untuk “Slot Fantasi Kejayaan”
Slot yang sangat-sangat best!!
Sebab kami buat ala-alat jungle trekking la..
Tapi ni dah jadi river trekking kot.. kih3.. ^_^
Dengan batu-batu yang sangat licin dan air yang deras..
Memang sangat mencabar la…
Dan dipenghujung perjalanan, peserta diajar untuk ambil wuduk dengan menyelam dalam air je..
Haaa~~ sebenarnya slot ni pun satu ilmu baru juga buat saya..
Niat wuduk dan  terus selam sekali je..
Maka, boleh solatlah kiter… Islam itu mudah kan??? ^_^
Walau di mana anda berada, solat itu boleh dilaksanakan dengan bermacam-macam cara..
Haa~~ lepas dah ambil wuduk tu, kami menunggu waktu zuhur dan solat zuhur berjemaah dengan keadaan basah-basah tue..
Slot yang sangat menarik kan?? Pengalaman oh Pengalaman! Hehehe..



Peserta dan fasi dibenarkan membersihkan diri..
Selepas tu, jam 3 petang, slot “Milo VS Kopi” pun dimulakan..
Dan sememangnya ni pun slot yang memang amat-amat menarik..
Peserta diberi peluang memilih minuman kegemaran mereka.. sama ada Milo atau Kopi..
Tapi~~ hahaha.. bila dah pilih.. adik-adik ni diasingkan siapa yang memilih Milo dan Kopi..
Sebab, siapa yang pilih Milo, akan dberi Milo yang amat-amat masin..
Dan siapa yang memilih Kopi pula, diberi Kopi yang amat-amat masin..
Haa~~ saya cukup tahu tahap masin tu sebab saya sendiri yang menuang air garam dalam air tue.. kih3..
Sampai saya sendiri pun tak sanggup nak try dye punyer taste taw… kih3… ^_^
Alahai~kesian adik-adik kite ye??
Macam-macam ragam boleh lihat taw…
Dan lepas diorang rase minuman masin tue la baru diberi minuman yang bukan kegemaran itu yang sedap kaw-kaw lah!! Hehehe..
Di sini, apa yang cuba disampaikan ialah :


"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah: 216)"


Seterusnya.. jam 4.00 petang, dimulakan slot “Treasure Hunt”
Saya ditugaskan untuk menjaga checkpoint 5 “Membazir Amalan Syaitan”
CP ni, adik-adik diminta untuk memilih barang-barang daripada list kami sampai cukup RM5000..
Macam-macam taw.. ada umrah, beli al-quran, beli handabag paris Hilton 

n ada juga beli galaxy note 2.. kih3..
Kat sini kita boleh tengok macam mana adik-adik ni membezakan antara kemahuan mana yang perlu didahulukan..
Alhamdulillah, kebanyakkan kumpulan masing-masing memilih barang-barang yang berguna bt mereka.. 



Bagi 4 lagi CP itu saya kurang pasti..
Tapi, dengar citer ada jugak xtvt maen ulat cam mukhayyam dulu.. hehehe..
Tapi, apa yang pasti, dapat dilihat kepuasan dalam wajah-wajah adik-adik kesayangan nie..
Dan keletihan berlari-lari ke sana-sini.. kih3.
Dah namanya treasure hunt kan???? Biase ,lerrr tue.. hehe.

 

Selesai sahaja, solat asar, makan, solat maghrib dan isyak..


Slot “Ayat-ayat Cinta” pula menyusul..
Dan di sini fasi bersama adik-adik fasi masing-masing..
Dan kami sama membaca surah Al-Qiyammah berserta terjemahannya..
Dan apa yang penting, bukan adik-adik fasi saja yang mendapat input dari terjemahannya..
Malah saya sendiri pun mendapat input yang sangat-sangat berguna..


Seterusnya.. Slot “Mati Itu Pasti”..
Haa~ Slot ni memaparkan video lakonan akak-akak fasi sendiri tentang scene kematian..
Dan sedikit persembahan dari Kak Asma..
Berserta lagu Menanti Di Barzakh…

Maka, seusai sahaja slot berakhir, bacaan Al-Mulk beramai-ramai dimulakan..
Dan zzzz~~ hehehehe… :D


AHAD


Yang pasti, waktu solat Subuh dah terasa sedih nak berpisah..
Percaya atau tidak.. Cukup diakui saya sememangnya sangat tak suka kalau perlu berkhemah..
Tapi, entah kenapa Kem Muslim Mumtaz ni sangat berbeza..
Sangat seronok dapat spend time ngan adik-adik ni walau kene berkhemah bagai..
Apa yang dalam fikiran saya time tue :
“Ya Allah, bile la lagi dapat jumpe diorang nie..”


Tapi, slot kene teruskan juga kan..
Lepas adik-adik ni siap berkemas, Slot last pun dimulakan..
Iaitu Slot “Aku di Menara Gading”
Slot ni dikendalikan oleh Kak Alifah..
Adik-adik diminta buat satu graf dan diminta menulis impian mereka pada 5 tahun akan datang..
Alhamdulillah, masing-masing tulis sangat panjang dan yang pastinya semua baek-baek.
Dan in sha Allah, adik-adikku sayang..
Akak doakan semoga semua impian adik-adik tu tercapai jua satu hari nanti..
Aamin..



Majlis penutup diadakan selepas sarapan..
Refleksi oleh fasilitator turut diselitkan bersama ucapan dari warden RG..
Kem diakhiri awal kerana adik-adik RG ni perlu menghadiri kenduri..
Dan dalam pukul 10pagi tue adik-adik bertolak balik..
Time ni, ade jugak adik-adik RG yang menanges..
Dan tak henti minta kami datang lagi..
In sha ALLAH adik-adik.. kalau ada peluang tue, sememangnya akak akan berusaha untuk jumpa adik-adik lagi… :D
Pengalaman bersama adik-adik semua menjadi antara kenangan paling manis dalam hidup akak!

 

Sesungguhnya, banyak perkara baru dan pengajaran yang saya dapat dalam Kem Muslim Mumtaz nie.
Terutama sekali BELAJAR ERTI BERSYUKUR..
Bayangkan kehidupan adik-adik ni yang usia semuda 8 tahun dah perlu berdikari hidup di RG..
Malah ada antara mereka, dah 8 tahun pun menetap di sana..
Semuanya perlu urus sendiri..
Lantas saya bandingkan sikap saya sendiri yang suka mengeluh bila ditimpa sedikit kesusahan..
Sikap saya sendiri yang kadang-kadang merasa tidak cukup dengan segala keperluan saya yang ada sekarang nie..
Seolah-olah saya lupa, masih ramai lagi mereka yang lebih kurang dari saya..

Hadis Rasulullah SAW..
Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” 

(HR. Bukhari dan Muslim)

 
Dan apa yang paling cukup kagum melihat diorang, sudah pastinya ikatan yang wujud antara mereka..
Saling menjaga dan menyayangi ibarat seperti adik-beradik..
Yang lebih tua sangat prihatin dengan yang muda..
Dan yang muda suka bermanja-manja dengan yang lebih tua..

Akhir kalam, buat rakan-rakan :
Jika ada peluang mendekati adik-adik seperti nie..
Jangan lepaskan peluang yang bermakna nie..
Kerana pastinya ia akan menjadi kenangan yang paling berharga dalam hidup kita..
Di samping itu, In sha Allah merupakan salah satu cara dalam mentarbiyahkan diri kita semua..
In sha Allah.. Amiin~


*Salam rindu dari akak kepada adik-adik RG! Akan doakan moga adik-adik berjaya di dunia dan akhirat.. aamin…

Friday 1 February 2013

"Ustazah Izzah!" Kem Bestari SOlat

Assalamualaikum..

Guru-guru J-Qaf SK Permatang Tok Dik, Kulim telah menganjurkan
Kem Bestari Solat Fasa 1 bagi Darjah 3...
Kami pelajar PISMP semester 1 seramai 13 orang telah terlibat sebagai fasilitator..
Zul, Ridhuan, Rafizi, Izni, Nabila, Along, Huda, Ayu, Athirah, Farah, Auni, Yana, dan saya  sendiri..

Alhamdulillah..
Satu lagi program yang cukup memberikan pengalaman manis
dan amat bemakna telah dapat saya hadiri...
Walaupun pada mulanya hati rasa berbelah bahagi kerana kurang keyakinan
*Al-maklumlah,cukup sedar diri yang bacaan solat sy pun entahkan betul entahkan tidak,
tapi alhamdulillah di saat akhir, ALLAH detikkan jua di hati saya untuk melibatkan diri..

Dengan turut berbekalkan niat tuk memperbaiki bacaan solat sy sendiri.. :)

Disebabkan perjalanan dari IPDA ke Kulim mengambil masa yang agak lama,
Jadi kami berkonvoi 3 kereta bertolak lebih kurang jam 5 pagi..
Berhenti solat subuh di Gurun dan perjalanan mengambil masa hampir 3 jam ke SK Tok Dik.
Kami sampai jam 8 pagi dan time tue adik2 darjah 3 comel terkedek2 dengan berbaju kurung dan berbaju Melayu ke sekolah..
Difahamkan budak2 darjah 3 tu berjumlah lebih kurang 200 orang.. ramai tuhh :D


Kami bersarapan dan diberikan sedikit taklimat mengenai tugas kami..
Semestinya kami perlu mengajar adik2 tentang cara berwuduk dan solat..
Jam 8.30 pagi kami dapat murid2 masing2.. :D
Memang kami semua dipanggil Ustaz dan Ustazah.. hehehe..
Segan sangat!! Agak2nye ni la satu2 nye peluang saya dipanggil Ustazah..
Sebab saya kan bakal cikgu pemulihan, kan?? hehhe..

Dan  sangat2 terkejut sebab waktu pembahagian kumpulan tue, saya dapat 6 orang budak lelaki..
Berbanding dengan fasi laen, diorang semua dapat campur lelaki perempuan..
Agaknya guru J-Qaf tue taw kot saya ni kakak kepada 3 orang adik lelaki yang amat2 la nakal.. kih3..

Tengok murid-murid saya hari ni!! heheeh

Azman, Firdaus, Aiman, Rusyaidi, Hafiz dan Amar!
Haaa~~!! tengok!! Aktif tak diorang?? kih3 ^_^
Punyerlah talkative sampai tak dengaq cikgu suruh berbaris leklok! heheheh.

Waktu sesi pertama ni, adik2 ni saya ajar tentang cara ambil wuduk..
Alhamdulillah.. Kebanyakkannya memang mnguasai...
Saya ada juga bertanya tentang amalan solat mereka...


Haaa~~ Waktu sesi fokus sorang2 ni la, adik2 yang laen mesti duk maen2.. kih3..
Tapi, adoyaaa.. nak marah tak sampai hati.. :D

Tapi, adik2 ni memang terbaek!!
Sangat sporting walau agak nakal! hehehehe.. :D
Diorang cepat mesra buat saya pun senang dengan diorang..
Walaupun mula2 tue memang nerves sesangat!! hehehehe..

Disebabkan waktu lepas SPM dulu, hari-hari duk ikut my mom pergi sekolah..
Jadi, sememangnya volume suara ala-ala cikgu tue dah memang pernah praktis.. kih3.
Sebab biasanya waktu kelas KAFA, ada jugak gantikan mak mengajar kejap sementara mak bermeeting..
Dan tak semena-mena, fasi2 lain yang duk mengajar brsebelahan kelas sy cakap,
Suara kami-kami semua jelas kedengaran di kelas mereka..
Haahhaa... dah habes tu nak buat camne??? heheheh.. :D
Memang kuat sangat ke??huhuhu...

Pengajaran diteruskan hinggan Jam 10pagi, 10 pagi--> waktu rehat...
Comel sangat diorang semua nie...
Baca doa ramai-ramai, keletah duk bercakap sana bercakap sini...
Kami yang fasilitator ni makan kat tempat khas cikgu2 lah.. hhehehe..
Dah rase macam cikgu bebetol lak... :D


Dan lepas waktu makan ni la, kami sambung balik belajar tadi dan turut diakui waktu proses pembelajaran paling kritikal! kih3..
Waktu saya masuk kelas, duk tengok adik2 ni maen kejar2...
Dan pastinya berpeluh semuanya... hahaha..

Saya : Haaa!! Tengok!! Habes peluh~~
Azman : Alaaa~~ Semua orang ada peluh ustazah, ustazah pun ada peluh jugak~
Saya : ???? >_< grrr~~ hahaahah... 

Memang waktu lepas rehat ni, kelas agak tak terkawal sikit..
Masing-masing dengan cakap kuatnya...
Sampai saya sendiri pun terpaksa kuatkan lagi suara yang dah sedia kuat nie.. hehehe..

Dan paling menggelikan hati... Bila saya suruh diorang susun kerusi dalam bulatan..

Hasilnya lebih kurang camni :


Saya : La~~~ Kenapa susun camni???  kih3.. ^_^
Amar : Kena susun camni la ustazah, nak maen rebut kerusi kan..
Saya : ha????? ape pulak? hahahahha....

Disuruh lain, dibuat laen.. huhuhu..
Lepas bagitaw leklok, baru la diorang susun comel2 lam bulatan..
Tapi, yang bagusnya diorang siap tutup suis kipas kat depan dan tengah...
Sebab kami kan duk kat belakang, jadi bukak yang belakang je la...
Hahaha.. Bagus3x..Belajar berjimat budak2 nie..

Tapi tak lama lepas tu :

Rusyaidi : Ustazah, bosanlah~~ jom la maen rebut kerusi...
Saya : Mane boleh, nak belajar nie...
Azman : Cikgu laen maen je hari tu..
Saya : Tu mata pelajaran laen.. Kiter tengah belajar mata pelajaran laen..
Azman : Lorr~~ Samo ja ustzah~~ Jomlaaa~~
Saya : Hambooiii~~!!!! -_-'

Dan diorang nie suke sangat duk ajuk 'ambooii~~' saya tue...
Asyik2.. "Ustazah... hamboooii~~!!" hahahaha...
Korang memang buat saya gelak la adik2... hehehe.. :D


 
 Dan begitu la kesudahannya, duk ajak maen sampai ke sudah..
Waktu ni paling tak dapat kawal kelas...
Siap duk ajak maen teka teki...
Dan teka teki diorang memang saya cukup tak faham...
Ade jugak yang berlari keluar pintu depan masuk pintu belakang..

Saya : Hafizz!! Masuk~~ Pesal maen kat luar ni?? Tak baek buat camtu cikgu ada lam kelas..
Hafiz : Buang sampah, ustazah~~ :D

AdoooiI~~ Sedangkan terang lagi bersuluh tong sampah ada kat belakang kelas jer...

Jam 11.15 tengahari tue.. Semua diminta turun ke dewan..
Dan dibuat amali solat...


Waktu nie, fasi2 diminta tuk betulkan cara-cara solat adik..
Adik yang atas pentas baju hijau tu namanya Daniel~
Comel sangat!! ^_^

Majlis selesai dalam pukul 12 lebih..
dan kami diberi cenderamata kenang-kenangan.. :D

Bergambar kenangan... Pic milik Cik Izni yang comel lote... eheheh.. :)

Dan lepas tu, salah sebuah kereta ada problem sikit..
Jadi, sememangnya lambat sikit kami mulakan perjalanan tue... :)

Menuju ke Maktab Mahmud tuk singgah berjumpa ngan Nabila..
Dan yang fasi perempuan tumpang bersolat di hostel sane smentara tunggu fasi lelaki solat Jumaat..

Hampir pukul 3 bergerak pulang..
Berhenti makan kat Sungai Petani..
Dan selamat tiba di IPDA jam 6.45 petang!! :D

Konklusi yang dapat dibuat sini :
Satu pengalaman yang cukup-cukup manis..
Rindu ngan keletah murid-murid tadi..
Semestinya, memberi pendedahan awal kepada kami semua tentang PNP dalam kelas nie.. heheh.. ^_^