TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Tuesday, 9 January 2018

Melangkah ke 2018

Assalamualaikum hye :D


Melewati Tahun 2017
Tahun yang penuh warna warni
Tahun di mana seorang nur izzah melangkah ke chapter baru mungkin?
Melangkah ke fasa kehidupan yang mungkin lebih luas, mencabar dan matang.
kot? hihihi

Jadi, bagaimana pula dengan resolusi 2018?

Work hard, Be Kind
InsyaALLAH beautiful things will happen

Semoga perkara-perkara yang indah je berlaku tahun 2018 nie. hihi
 Jadi,
Apa resolusi korang untuk tahun 2018 ni?
Saya?

 Nak habiskan buku-buku yang dibeli tahun 2017

  Ada lagi dalam 2 3 buah tak habis baca lagi. Tak sabar nya nak beli buku-buku baru lagi.
Personally, saya memang peminat buku Ustazah Fatimah Syarha.
Kata-kata ustazah dalam tu memang sangat lembut je tapi sentap hihi.
Yang paling best, mestilah saya suka buku SEINDAH MAWAR BERDURI
Rasa nak baca lagi. Nanti kita usaha beli. Sebab hari tu pinjam yang makcik punya.

Teratak Cikgu Sauti 2.0
  InsyaAllah.
Lokasi Cawangan ke 2 TCS  akan dimaklumkan.
Doakan lah semoga segala urusan TCS 2.0 ini dipermudahkan dan dilancarkan.
Tak baik sebenarnya benda yang masih lagi tak siap nak dihebohkan.
Namun, mungkin berkat doa awak yang membaca.
Doakanlah semoga urusan ini dipermudahkan dan insyaAllah boleh mula beroperasi pada bulan 3 ini.

Produk baru
Image result for mary kay timewise


Since awal 2017, muka breakout teruk disebabkan salah produk, boleh kata lebih kurang 4k juga lah habis duit cari jalan pulang. hahahaha
Semua kaedah tradisional pernah try, pergi buat treatment, bekam muka la, produk tu produk nie.
So awal tahun 2018 nie, usaha kita kali ni try Marykay pula.
Alhamdulillah, setakat ni hasilnya memberangsangkan.
Tapi kita pengguna je..
Kalau awak-awak nak tanya beauty consultant boleh tanya kawan kita
Fatin Farahin atau pun sorang lagi Fatin Fazlin
Done promot! hihi

Usrah

Hati seorang manusia
Berbolak-balik sifatnya
Kalau tak dijaga, mudah saja jatuhnya.
Setahun berlalu tanpa ditemui usrah yang dicari.
Habis maktab, tak join lagi.
Harap tahun nie, Allah ketemukan lagi saya dengan orang yang baik-baik.
Untung-untung dapat join mana-mana usrah area jb nie.
aamin :')

Dan juga nak amalkan solat Dhuha di sekolah
Malu sebenarnya......
Sibuk kejar hal duniawi, tapi tak nak ambil waktu 10minit je nak Dhuha
:'(
Doakan untuk saya dan awak

Mencari Keindahan Kehidupan
Semoga tahun 2018 memberi niat dan semangat yang baru untuk kita semua menjalani setiap pekerjaan kita seharian
Tak kira lah punca pendapatan, urusan seharian ataupun rutin kehidupan
Semoga hati kita semua dikurniakan niat yang bersih tanpa buruk sangka dalam apa jua yang dihadapi.
 Bersangka baik dengan setiap hari apa pun yang terjadi
 Bersyukur pada apa yang ada. Usah biarkan fikiran sakit dengan apa yang kita tak ada.
Manis sangat sebenarnya bila setiap apa pun ujian atau halangan yang kita hadapi sekiranya kita dapat twist balik ke arah yang lebih positif.
InsyaAllah, mudah cool dan  dapat pelihara  hati.


Ada satu ketika, Allah uji saya dengan beratnya hati menghadapi sebuah ujian.
Sampai buntu nak cari jalan dan badmood
Tambah lagi, lonely giler awal-awal minggu duk JB nanti
Sampai rasa tahap depression pulak kiki
Tapi rupa-rupanya Allah nak ketuk hati, nak panggil kita suruh doa pada Dia

Hasbunallah wa ni'mal wakil, Allah sebaik-baik penolong

Hakikatnya, semua orang akan diuji.
Mungkin ini pula bahagian kita untuk duji

Suka dengan ayat nie...
Saat malam tiba, adalah saat indah
Saat kita manja-manja dalam ibadah.
Saat siang tiba, adalah saat gagah.
Saat kita kuat dan tidak menyerah kalah.
Tab Tee Laa - Ustazah Fatimah Syarha
 
Insya ALLAH, 
Allah tidak pernah menjanjikan hidup yang penuh dengan bunga-bungaan sahaja
Tetapi Allah menjanjikan kemudahan pada setiap kesusahan
Ada pelangi selepas badai
Ada senyuman selepas air mata
Ada kupu-kupu selepas kepompong
Ada sinar mentari selepas gelapnya malam 

Jadi SENYUMLAH :).
Setiap yang berlaku punyai hikmah
Setiap kesusahan Allah akan hadirkan jalan penyelesaian
Malah kita akan jumpa hikmah apa sebenarnya Allah nak hadiahkan pada kita akhirnya
InsyaALLAH

Oh last. Cinta???
Hmmm
Doakan yang terbaik
Lambat-laun, kalau sempat ketemu jodoh di dunia, Allah akan tunjukkan dan mudahkan jalan
Kan? :D

Eh bai. Esok sekolah
Assalamualaikum
Semoga indah hari awak dan saya pada hari esok :D
Alamak.. Lupa baju tak iron lagi huwaaa

No comments:

Post a Comment