TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Tuesday 3 January 2017

Tips Praktikum IPG

Assalamualaikum.

Sesungguhnya saya buka orang yang selayaknya untuk berkongsi tips buat adik-adik guru pelatih yang lain. Tapi saya cuba untuk kongsikan bersama-sama.
Moga bermanfaat untuk adik-adik semua.
Internship : Lawatan ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara

 1. HAPPY SELALU

Kalau kat SK Hutan Kampung tu, budak-budak selalu gelar saya "Cikgu Senyum". Tak pun ada jugak yang "Mira Filzah" wey. haaha. perasan gila.
Nampak tak betapa obvious sangat suka senyum tu sampai kena gelar "Cikgu Senyum".
Set selalu dalam minda. Seronoknya jumpa budak2 yang comel dan bermacam ragam.
Tipula kan kalau takde stress langsung.
Ada tu tetap ada. 
Tapi setiap masalah yang terjadi, akan berlalu kan?.

2. DOA PADA TUHAN

Senjata orang Muslim itu kan doa.
Maka, sentiasa yakin dengan pertolongan Allah.
Hari2 saya doakan, semoga dipermudahkan urusan praktikum, urusan internship.
Malahan, sampai hari ini saya masih doakan semoga urusan interview dan posting dipermudahkan.
Bahkan, sebelum nak kena observe tu.
Bacalah Surah atau Doa untuk penyelia kita atau murid2 kita tu biar berkelakuan baik, lembut hati.
Dan juga jangan lupa doakan lah semoga berjalan lancar.
Kalau ada masalah terjadi sekalipun, sentiasa yakin dengan keajaiban doa.
Kalau ada sedikit rasa give up, mohon kuatkan hati dan percaya ada asbabnya tersendiri kenapa Allah letakkan kita dengan keadaan tu.
Bila kita selalu positifkan diri, maka boleh untuk tip no 1 tu kan? hihi

3. GUNAKAN MASA DENGAN SEBAIKNYA

Sentiasakan gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. 
Kalau nak buat benda mengarut, ingat balik.
"Aku banyak kerja ke tak hari ni?"
hahaha.. Ya Allah.
Ingat lagi arwah ayah dulu marah kot time Form 3 tu pasal buat last minute assignment.
Malu wey bila ayah tegur. hahaa
Waktu praktikum dulu, selalunya saya bangun jam 6.00 pagi, tido jam 12.00 malam.
Jarang la nak berjaga sampai jam 2 3 pagi. 
Jadi macam mana tu?
Stress kan kerja banyak waktu praktikum.
Ok tengok lagi tips kat bawah? hihi.

4. WAKTU KERJA ADALAH WAKTU BEKERJA

Saya hari2 pergi sekolah dengan mindset, aku sedang bekerja.
Jadi saya cuba siapkan kerja sebanyak mungkin waktu kat sekolah.
"Waktu kerja kena kerja. Pasal balik hostel nak tengok Runningman sambil bermalas2an" haha.
Tapi ada la jugak scroll ig, fb whatsapp tu.
Boleh mati kalau 7 8 jam fokus bt kerja kan. hahaha.
Saya akan cuba usaha untuk minimumkan kerja yang perlu dibuat bila tamat waktu bekerja. kiki.
Ada ketika tu saya akan siapkan terus RPH untuk 2 3 hari kemudiannya.
Haaa... Jadual kelas pun kena arrange betul2 la. 
Biar kalau boleh, hujung minggu tu dapat buat RPH untuk Ahad, Isnin dan Selasa terus.
Siapkan RPH dulu, BBM tu sedia kat hostel.
Sebab takde bahan kan.
Adik2 pun tahu kan, RPH tu sendiri ambil masa yang lama. 
Bayangkan kalau RPH Kelas Pemulihan ada 3 kumpulan.
Ibarat buat 3 RPH la hari tu.
Eh ada 1 jam jugak tu ambil masa nak tulis saja.
Eh jangan sarkastik lagi untuk kos2 lain. hahaha.
Kos lain pun ada Pro dan Kon sendiri.
Kos lain pun ada susah dia sendiri. Bukan kos Pem je. hihi.

5. SOAL BBM?

BBM atau nama panjangnya Bahan Bantu Mengajar.
Takkan 1 hari nak 1 BBM baru kan?
Jadi, kebiasaannya hujung minggu tu saya akan buat 2-3 BBM yang multipurpose.
Boleh guna banyak kali.
Senang, boleh rolling guna dari hari Ahad-Khamis. 
Lagipun bukannya hari2 ajar kelas sama kan.
Jadi, insyaAllah budak tak bosan. 




Antara BBM multipurpose yang dibuat. 
Tinggalkan tempat kosong kat situ.
Jadi boleh tukar soalan subjek BM ke MT ke.

Cukup rolling untuk ajar seminggu. kiki.

Minggu lain-lain boleh guna lagi, buat set induksi je ke.
InsyaAllah, kreatifkan diri.
Kadang2 kalau saya bosan, saya usha la dalam tenet BBM yang menarik untuk dapatkan idea.
Kalau tak nak buat lagi, simpan kat note Desktop. 
yang penting kumpul idea dulu.
Susah kalau takde idea nak buat BBM.
Bila-bila masa Allah nak hadirkan ilham kat kita.
Jadi, bila dapat tu simpan dulu ye. hihi.

6. DOA YANG BAIK-BAIK UNTUK MURID

Selain daripada doa ibu bapa yang mujarab, doa cikgu-cikgu ni pun mustajab jugak hihi.
Pernah la saya TEReksperimen kat diri sendiri.
Fasa 1 dengan Fasa 3 saya jarang merungut hal murid-murid.
Fasa 2, Ya Allah, saya gagal jadi cikgu yang baik.
Sering merungut perihal nakalnya budak.
Bila saya reflect balik, betul la. silap sendiri.
"Aku yang sering merungut. Seolah2 doakan"
Itu yang makin hari makin nakal budak2. 
Silap sendiri. Silap cikgu.
Mulut cikgu ni Astaghfirullah pandai sangat merungut.
Fasa 3, saya selalu mindsetkan anak2 saya ni baik.
Jadi, Alhamdulillah. Nak masuk kelas tu, rasa tenang je.
Gembira nak jumpa budak2. hihi.
Depa baik amat. MasyaALLAH. Rindu aih kat depa. hihi.


Fasa 2 : Relief Tahun 1
7. JANGAN BERKIRA

Eh, nak beli tu, mahal.
Nak buat BBM ni, aih sayang duit.
Allahuakbar. Anak-anak kita juga.
Kebaikan tu dapat kat kita.
Mana tahu, Allah bantu dapat cemerlang Praktikum kita.
Jadi, jangan nak berkira sangat untuk P&P kita.
Niat je, "Aku nak pandaikan murid-murid aku."
Selain berkira bab material, jangan juga berkira bab usaha kita.
Sentiasa ingat.
"Allah pandang setiap usaha kita."
InsyaAllah, Allah bagi kejayaan sepadan dengan usaha kita.

8. HUBUNGAN BAIK

Mohon jaga hubungan baik kita dengan seluruh warga sekolah.
Tukang sapu ke, murid-murid ke, cikgu-cikgu ke.
Hormati yang tua. Kasihi yang muda.
Haaa.. dengan penyelia sekali.
Eh pendek kata, buat baik ngan semua orang la.
Tak rugi pun. Hati tenang + gembira lagi hihi.

9. IBADAT DAN SOLAT

Allah. Saya masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang banyak ilmu. Saya banyak dosa. Banyak kekurangannya.
Adakalanya lalai.
Namun, saya tetap nak pesan, jagalah solat.
Solat awal waktu.
MasyaAllah, benar Allah bantu.
Rasa macam banyaknya masa yang Allah pinjamkan berbanding ketika solat dilewatkan.
Praktikum ni dunia je. Akhirat sana tujuan kita.
Maka, insyaAllah kita jaga akhirat, bonus Allah bagi untuk dunia juga.
Amalkan juga ibadat sunat.
Solat sunat sebelum Subuh, solat hajat, solat dhuha, Solat witir, Al-Quran.
Itu yang kak usrah selalu pesan.
Jaga ibadat, maka Allah akan permudahkan segalanya.

10. NAK BUAT APA TIME RELIEF

Kadang-kadang relief datang tanpa disangka. kiki.
Maka, bersedia lah anda.
Kalau saya, saya dah siapkan lembaran kerja untuk semua darjah.
Maka, kalau dapat relief, pergi je la fotostat kat pejabat. kiki.
Tapi takkan la selalu nak bagi lembaran kerja kan.
Beli la speaker satu. Tak mahal sangat pun. Boleh pakai banyak tahun.
Pasang lah lagu. Kalau dapat 2 masa, buatlah kemahiran Mendengar dan Menulis.
Suruh budak2 tulis lirik dulu, then nyanyi sama.
Depa dengar dan tulis. 
MasyaALLAH seronok la.
La ni banyak lagu best2 yang berunsur motivasi ka nasyid ka.
Nah, pilih je la. Banyak kat Utube tu.
Murid seronok, kita pun seronok kan. hihi.


InsyaAllah, ini setakat tips yang akak dapat bagi. kiki.
Yang penting, jangan stress.
Bila stress dan negatif tu la yang rasa tak seronok.
Ini proses belajar. Ini amanah kita. Ini ibadat kita.
Jangan merungut. Nak berjaya, kena kuat diri, jangan mudah down ye. 

Saya hanya berkongsi sahaja.
Tipulah takde langsung salah silap saya sepanjang praktikum.
Saya hanya berkongsi yang baik2 sahaja. InsyaAllah
Kalau boleh dijadikan teladan, Alhamdulillah.
Atas perbezaan individu, pasti tak semua boleh ikut kan.

Akhir kata, semoga berjaya semua adik2.
Kuatkan semangat adik2 semua ye.
Doakan untuk saya juga.
Assalamualaikum.

5 comments:

  1. πŸ‘. Thank you. Sangat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Semoga bermanfaat juga. Buat yg terbaik ye πŸ˜πŸ‘πŸ˜πŸ‘

      Delete
  2. Sesama dik. Buat leklok praktikum nanti erk. Eh posting nanti kiki

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete