TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Tuesday, 3 January 2017

Assalamualaikum 2017

Assalamualaikum 2017! 
Hampir setahun berlalu, menulis lagi lah kita.
Bila dah mula menulis lagi tu, maksudnya sedang tidak berbuat pape la ye.
a.k.a menganggur kikiki.

eh eh Alhamdulillah.
Tamat belajar.
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Pemulihan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. hihi.

Alhamdulillah.
Syukur dengan keputusan ini walaupun masih ramai yang dapat lebih tinggi.
Rezeki saya sepadan dengan usaha study hari tu yang tak seberapa hihi.

 Tempat saya menghabiskan suku daripada usia sekarang.

Alhamdulillah.
Banyak kenangan manis dan kenangan pahit sepanjang tahun 2016.
Tak payah cakap la. 
Cukup dengan sebuah kehilangan yang cukup besar dalam keluarga kami.

Tapi sejajar dengan kehilangan, Allah gantikan dengan perkara yang lain.
Banyak juga kenangan manis.
Allah hadirkan kekuatan dalam diri untuk menempuh banyak lagi ranjau kehidupan.

Memasuki tahun 2017 dengn umur 23 tahun 23 hari. hihi
Susah nak mengaku usia dah masuk 24 tahun.
Rasa sedikit tua. 

Baiklah.
Sementara tunggu nak posting ni.
Duduk sesaja la kat rumah sambil buat apa yang patut la.
Doakan juga ye, untuk permohonan guru ganti diterima.
Bimbang juga hilang skill bila dah tiba masa posting nanti.
Moga-moga diterima. Aaamiin.

Selain itu, moga tahun 2017 ni dipermudahkan urusan untuk saya dan awak jugak yg sedang membaca.
Semoga saya diberikan terbaik dalam setiap perkara.
Semoga saya menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi tahun nie.

Sedikit takut.
Sekarang dalam usaha nak cari group2 usrah yang terdekat untuk join.
Ataupun satu medium untuk join majlis ilmu secara konsisten.
Kalau dulu ada group usrah KakJa.
La ni kena usaha sendiri la.
Iman berbolak balik kan.
Kalau takde sapa nak tolong ketuk, tolong sentapkan, takut makin jauh dari landasan menuju ke jalan Allah.
Nauzubillah
InsyaAllah. Doakan ye.

2017 jugak doakan juga untuk saya dan awak yg sedang membaca.
Diberi kekuatan untuk bangun tahajud.
Allah. Susah sangat nak bangun buat sendiri melainkan bila join program.
Kunci jam terbangun, pastu tidur balik.
Allahu. Nampak sangat nie tak berapa nak kuat iman nak lawan nafsu tidur.
Doakan lah ye kita mampu bangun.

Ok bai. Nak sambung buat fail interview. hihi.
Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment