TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Thursday 26 September 2013

Al-Fatihah... buat PokLong

Assalamualaikum...

21 September 2013, 3.20 petang..
Selepas pemergian adik ayah, Teh lebih kurang setahun yang lalu,
Kini pula perginya abang sulung ayah, Pok Long bertemu Sang Pencipta diri..
Perancangan Allah itu cukup baik bila kami semua adik beradik termasuk abangku di Sabah turut balik hujung minggu tu memandangkan mok ayoh nak berlepas ke Tanah Suci menunaikan haji..

Seingat sy, kali terakhir tengok arwah Pok Long yang ketika itu masih mampu bergerak aktif bila waktu hari raya aidilfitri...
Dan bila sampai IPDA, tengok adik-beradik post di FB tentang PokLong yang ditahan wad..
Pok Long memang selalu sakit tak boleh berjalan memandangkan PokLong ada kencing manis..
Kami sangka, kali ini sakit PokLong seperti kebiasaannya 
Kami sangka akan kembali sihat seperti biasa.
Melalui FB, sy dapat tahu PokLong dan boleh balik rumah..

Hujung minggu tu, pagi 20 Sept sampai di rumah
Sememangnya berhajat nak pergi lawat Tokwan dan Poklong pada petangnya..
Tapi tengahari tu, dapat berita keadaan PokLong tiba-tiba jadi semakin teruk..
Jadi, sy terus pergi rumah PokLong dan tengok ayoh n sanak saudara yang lain dah ada kat rumah PokLong.

Bila masuk je rumah PokLong, hati tetiba diserang rasa sebak yang amat...
Terkejut dan sungguh tak sangka lihat keadaan PokLong yang jauh berbeza yang amat sangat dari biasa..
Mana pergi PokLong yang banyak celotehnya?
Mana pergi PokLong yang aktif pergi sana sini?
Tapi kali ni, apa yang saya nampak hanya PokLong yang terbujur lemah di situ..
Melihat keadaan PokLong yang kurus dan amat lemah itu sungguh hati ini rasa sayu dan tak menentu

Masih saya ingat hingga kini, lama PokLong pandang mata saya bila saya suapkan air untuk PokLong
Rupa-rupanya itulah kali terakhir PokLong pandang mata saya..

Malam itu pulak, abg dari Sabah sampai pukul 11 malam dan terus melawat PokLong.

21 September 2013
Pagi tu memang keadaan agak sibuk
Ada majlis doa selamat di rumah sempena mak ayah yang akan tunai haji..
Dalam masa yang sama, kami sekeluarga bersilih ganti melawat PokLong...

1.30 petang,
Saya bersama Kaklong dan ibu saudara melawat PokLong
Masa tu PokLong sudah mula kekejangan dan muntah-muntah
3.00 petang, ayah call ambulans..
Saya, kaklong dan abg long tunggu ambulans untuk tunjuk jalan
Dalam masa kami tunggu, tiba-tiba dapat call bagitahu PokLong dah takde.
Tak percaya, tak terkata.. Semua ada...

Sesampai kami ke rumah PokLong, ramai dah yang menunggu di sana
Sebab sememangnya sejak 2 hari lepas
memang tidak pernah putus orang yang datang melawat Poklong
Memandangkan Poklong memang ramai yang kenal.

Hati ini makin sebak bila tengok Tokwan yang menangis..
Sy duduk tepi Tokwan dan gosok perlahan belakang Tokwan..
Ye..
Sememangnya ramai-ramai anak Tokwan,
Poklong boleh diibaratkan yang paling rapat dengan Tokwan memandangkan Poklong tak pernah berkahwin dan memang tinggal dengan Tokwan

Bila di IPDA sekalipun, asyik teringatkan Poklong..
Memang seakan-akan sukar nak percaya PokLong dah tiada..
Kenangan dengan PokLong terbayang kembali..
Waktu kecil-kecil dulu,
boleh dikatakan hampir semua adik-beradik bermanja dengan Poklong
Ikut Poklong jalan sini sana
Belajar mengaji dengan PokLong
Memandangkan Poklong memang guru mengaji di kampung..
Pok Long bawak kami mandi pantai
Pok Long jugak yang ambik hantar kami ke sekolah waktu mak ayah balik lambat
Pok Long jugak yang tunggu hampir 2 bulan kat tepi kelas waktu adik, Si Izzam darjah 1 takot nak p sekolah..
PokLong sudah berperanan sebagai seorang ayah bt kami..
Malah, Poklong jugak yang jaga adik2 termasuk ayah sy bila Tokki kami meninggal sejak ayah di bangku sekolah lagi..
Sungguh besar jasa PokLOng buat kami semua..
Kami semua sayang PokLong..
Tapi, ALLAH lebih sayangkan PokLong...

Allahyarham Haji Muhamad bin Omar
1947-2013
Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment