TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Saturday 16 February 2013

Kem Muslim Mumtaz Anak-anak Rumah Gemilang

Assalamualaikum…
Semua orang seronok balik bercuti Raya Cina yang baru-baru ni? Hehehe,…
Saya pun seronok jugak... Bukan maen jalan-jalan sambil buat kajian untuk my assignments...
Dan sekarang barulah berpeluang nak update pasal kenangan bermakna baru-baru ini..

*Al-maklumlah kat rumah sememangnya saya amat jarang sekali menghadap laptop.. :D
 

OK.. Terus kepada pengisian tajuk entri ..
Bertarikh 7-10 Februari 2013.. (Khamis –Ahad)..
Syukur ya amat kerana berpeluang menjadi fasilitator kepada anak-anak dari Rumah Gemilang bagi Kem Muslim Mumtaz..
Walaupun pada awalnya terasa berbelah bagi kerana kem ni diadakan waktu cuti panjang..
Tapi, Alhamdulillah.. Allah bukakan jua hati saya untuk meneruskan hasrat di hati..
Dan hasilnya, Alhamdulillah, kem yang sesungguhnya dapat memberi kepuasan hati!
Kem ni Kak Tiqah yang jadi Ketua Projek taw~~


KHAMIS

 Kami....  bersedia nak bertolak! hehehe..

Bertolak jam 5.30 petang dari IPDA.. Berkonvoi dalam beberapa buah kereta..
Dan sampai di Rumah Gemilang, Sik jam hampir 7.30 malam.
Oleh kerana ini merupakan pengalaman pertama saya ke rumah-rumah kebajikan..
Sememangnya sedikit rasa terkejut sebab adik-adik datang ramai-ramai kat kami waktu sampai je kami di sana..
Diorang datang salam dan peluk dah macam memang kenal.. 
Siyesly sangat terkejut, terkesima, semua ada! ^_^ hehehe..
Dan excited pun ada.. Rasa bersyukur ya teramat dapat menimba pengalaman nie..


Malamnya pula, lepas solat + bacaan yassin + makan, kami, fasilitator diminta menulis atas sekeping kertas tentang ciri-ciri yang ada pada diri sebagai klu adik-adik untuk cam kami.. hehehe..
Dan tanpa diduga lepas puas berfikir, akhirnya saya tulis “Bergigi Taring!!” hahaha..
Sebab memang dah tak tahu sangat nak tulis ape… heheh..

Then, lepas tu, keadaan surau agak bising.. adik-adik datang tanya kami..

 “Akak ke? Akak ke?” heheh..
Nak tergelak pun ada.. sebab very the cute n happening jugak time tue..
And lastly.. ni la adik-adik saya.. Izni dan Linda! ^_^



Sian Izni, bape kali tanya akak ye??
Haa~~ dan kalu nak taw, Linda ni ade adik kembar juga taw kat sane. Syidah namanya..
Agak pening jugaklah kadang-kadang coz tak tahu yang mana satu my adik fasi.. hehehe..
Hampir jam 12 malam adik-adik dibenarkan tidur..

Dan waktu ni, saya n kawan-kawan fasi yang lain sempat berbual-bual dengan warden di RG nie.. Banyak jugak maklumat yang kami dapat dari akak nie..
Sebenarnya, kebanyakkan adik-adik di sini mempunyai latar belakang yang berbeza..
Ada yang anak yatim, dan ada juga keluarga yang tidak berkemampuan

 dan terpaksa dihantarkan ke sini..
Dan dibenarkan pulang ke rumah apabila musim cuti tiba.
Malah, ada juga adik-adik yang langsung tak diketahui waris-warisnya..
Tambahan lagi, ada juga beberapa orang adik-adik kat sini yang mengalami masalah seperti slow-learner..
agak lama jugak sebnarnya berbual-bual ngan akak tue..
Dan banyak  juga maklumat dan cerita-cerita yang kami dapat…


Antara barisan fasi yang menghandle adik-adik muslimin...

JUMAAT

 

Paginya, kami bertolak dalam jam 8 pagi dari Rumah Gemilang ke Keda Resort, Bendang Man..


Sebab kat sini la tapak perkhemahan Kem Muslim Mumtaz tue..
Dan saya bersama beberapa orang fasilitator yang laen naek bas sama ngan adik-adik Rumah Gemilang yang laen..
Dan sepanjang perjalanan tu, macam-macam lagu adik-adik ni nyanyi taw..
Dan sebenarnya, saya terasa sedikit sebak time nie…
Cukup kagum dengan keceriaan yang mereka ada, semangat mereka sedangkan saya cukup sedar hidup mereka agak kekurangan.
Kekurangan kasih sayang, malah juga keperluan..
Adik-adik ni jahit sendiri taw diorang punyer tudung sekolah,.. 

malah, kami sempat lihat diorang punyer kepakaran menjahit khamis malam tue.. hehe..
Sesampai saje di Keda Resort tue hampir jam 10 pagi,.. kami berkemas-kemas barang dulu..


Barang amanah adik-adik

Dan slot pertama dimulakan… “Waja Dalam Diri”
Dalam slot ni, para peserta bersama akak fasi diminta menyusun lirik lagu MASIH ADA WAKTU yang dinyanyikan oleh kumpulan RAST…
Walaupun pada awalnya rentak lagu ni memang agak sukar nak diikuti..
Tapi, tak dapat dinafikan lagu dan liriknya cukup mendalam dan amat tepat sekali dijadikan lagu tema kem kali nie..




 Moga ukhuwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta illahi
Moga bahgia di negeri abadi..

Seusai makan tengah hari dan solat zuhur,
Slot “Di Mana Anda Berada” pula yang menyusul..
Slot di mana fasi dan adik-adik bertanyakan tentang kefahaman mereka tentang aurat..
Alhamdulillah, adik-adik ni kebanyakannya sememangnya tahu batasan aurat kaum hawa nie.
Dan pencerahan tentang batasan aurat dengan sepupu lelaki dan abang ipar juga turut dinyatakan..



Selepas itu, solat asar dan riadah..
Riadah time nie, adik-adik dan fasi-fasi berpeluang maen air kat sini..
Wah~~!!! Sangat best!! Sangat jeles jugak!! >_< hehehe.
Sebab saya ditugaskan memasak time nie.. hehe..



Tapi, best jugak masak.. pengalaman masak ramai-ramai kan..
huhu.. time ni kami masak telur masak kicap..
Izzah Syazwani memang pandai masak! Sangat sedap habaq hang.. hehe..
Saya juz tolong goreng telur mata n tolong ape-ape yang patut.. :D



Solat maghrib, makan malam dan solat isyak..

Dan slot “Mahabbah Rasulullah” diadakan..
Slot ni dikendalikan sendiri oleh Kak Tiqah..
Dan adik-adik ditugaskan untuk menulis surat seandainya Rasulullah masih ada..
Malah, sy masih simpan surat-surat kepunyaan adik-adik fasi saya..
Dan slot ni sudah pastinya untuk mempuk rasa kasih dan sayang kita buat Rasulullah SAW di samping menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW..



Sebelum tidur, bacaan Al-Mulk beramai-ramai..
Haa~~ ni kali pertama pengalaman saya tidur dalam khemah yang bersimen..
Memang tak sempat nak rasa xselesa, xsuka or sebagainya..
Sebab memang mengantuk dah time tue.. kih3.. ^_^


SABTU


Bangun jam 4.30 pagi!! ^_^
hehehe.. kerana ada Qiyamullail.
Solat tahajud, solat taubat, solat hajat dan solat witir..
Selepas itu, solat subuh dan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Abang Fasi..

Slot cergaskan diri di bawah kelolaan cik Fatnin kite.. :D



Seusai sarapan, jam 9 pagi.. Slot “Tak Kenal Maka Tak Cinta” bermula..
Waktu ni fasilitator berpeluang bersama adik-adik fasi masing-masing..
Dan juga bebas untuk duduk di mana-mana..
Dan kami memilih duk di atas batu dalam air.. sangat sejuk! ^_^
Banyak cerita yang Izni dan Syidah ceritakan pada saya..
Kami berbual-bual dan apa yang cuba ditekankan di sini adalah berkenaan IDOLA..
At the last, sy tekankan di sini IDOLA kita adalah diri sendiri…
Kerana setiap apa jua yang dilakukan itu bermulanya dari diri kita sendiri kan??



Jam 11 pagi pula, semua berkumpul untuk “Slot Fantasi Kejayaan”
Slot yang sangat-sangat best!!
Sebab kami buat ala-alat jungle trekking la..
Tapi ni dah jadi river trekking kot.. kih3.. ^_^
Dengan batu-batu yang sangat licin dan air yang deras..
Memang sangat mencabar la…
Dan dipenghujung perjalanan, peserta diajar untuk ambil wuduk dengan menyelam dalam air je..
Haaa~~ sebenarnya slot ni pun satu ilmu baru juga buat saya..
Niat wuduk dan  terus selam sekali je..
Maka, boleh solatlah kiter… Islam itu mudah kan??? ^_^
Walau di mana anda berada, solat itu boleh dilaksanakan dengan bermacam-macam cara..
Haa~~ lepas dah ambil wuduk tu, kami menunggu waktu zuhur dan solat zuhur berjemaah dengan keadaan basah-basah tue..
Slot yang sangat menarik kan?? Pengalaman oh Pengalaman! Hehehe..



Peserta dan fasi dibenarkan membersihkan diri..
Selepas tu, jam 3 petang, slot “Milo VS Kopi” pun dimulakan..
Dan sememangnya ni pun slot yang memang amat-amat menarik..
Peserta diberi peluang memilih minuman kegemaran mereka.. sama ada Milo atau Kopi..
Tapi~~ hahaha.. bila dah pilih.. adik-adik ni diasingkan siapa yang memilih Milo dan Kopi..
Sebab, siapa yang pilih Milo, akan dberi Milo yang amat-amat masin..
Dan siapa yang memilih Kopi pula, diberi Kopi yang amat-amat masin..
Haa~~ saya cukup tahu tahap masin tu sebab saya sendiri yang menuang air garam dalam air tue.. kih3..
Sampai saya sendiri pun tak sanggup nak try dye punyer taste taw… kih3… ^_^
Alahai~kesian adik-adik kite ye??
Macam-macam ragam boleh lihat taw…
Dan lepas diorang rase minuman masin tue la baru diberi minuman yang bukan kegemaran itu yang sedap kaw-kaw lah!! Hehehe..
Di sini, apa yang cuba disampaikan ialah :


"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah: 216)"


Seterusnya.. jam 4.00 petang, dimulakan slot “Treasure Hunt”
Saya ditugaskan untuk menjaga checkpoint 5 “Membazir Amalan Syaitan”
CP ni, adik-adik diminta untuk memilih barang-barang daripada list kami sampai cukup RM5000..
Macam-macam taw.. ada umrah, beli al-quran, beli handabag paris Hilton 

n ada juga beli galaxy note 2.. kih3..
Kat sini kita boleh tengok macam mana adik-adik ni membezakan antara kemahuan mana yang perlu didahulukan..
Alhamdulillah, kebanyakkan kumpulan masing-masing memilih barang-barang yang berguna bt mereka.. 



Bagi 4 lagi CP itu saya kurang pasti..
Tapi, dengar citer ada jugak xtvt maen ulat cam mukhayyam dulu.. hehehe..
Tapi, apa yang pasti, dapat dilihat kepuasan dalam wajah-wajah adik-adik kesayangan nie..
Dan keletihan berlari-lari ke sana-sini.. kih3.
Dah namanya treasure hunt kan???? Biase ,lerrr tue.. hehe.

 

Selesai sahaja, solat asar, makan, solat maghrib dan isyak..


Slot “Ayat-ayat Cinta” pula menyusul..
Dan di sini fasi bersama adik-adik fasi masing-masing..
Dan kami sama membaca surah Al-Qiyammah berserta terjemahannya..
Dan apa yang penting, bukan adik-adik fasi saja yang mendapat input dari terjemahannya..
Malah saya sendiri pun mendapat input yang sangat-sangat berguna..


Seterusnya.. Slot “Mati Itu Pasti”..
Haa~ Slot ni memaparkan video lakonan akak-akak fasi sendiri tentang scene kematian..
Dan sedikit persembahan dari Kak Asma..
Berserta lagu Menanti Di Barzakh…

Maka, seusai sahaja slot berakhir, bacaan Al-Mulk beramai-ramai dimulakan..
Dan zzzz~~ hehehehe… :D


AHAD


Yang pasti, waktu solat Subuh dah terasa sedih nak berpisah..
Percaya atau tidak.. Cukup diakui saya sememangnya sangat tak suka kalau perlu berkhemah..
Tapi, entah kenapa Kem Muslim Mumtaz ni sangat berbeza..
Sangat seronok dapat spend time ngan adik-adik ni walau kene berkhemah bagai..
Apa yang dalam fikiran saya time tue :
“Ya Allah, bile la lagi dapat jumpe diorang nie..”


Tapi, slot kene teruskan juga kan..
Lepas adik-adik ni siap berkemas, Slot last pun dimulakan..
Iaitu Slot “Aku di Menara Gading”
Slot ni dikendalikan oleh Kak Alifah..
Adik-adik diminta buat satu graf dan diminta menulis impian mereka pada 5 tahun akan datang..
Alhamdulillah, masing-masing tulis sangat panjang dan yang pastinya semua baek-baek.
Dan in sha Allah, adik-adikku sayang..
Akak doakan semoga semua impian adik-adik tu tercapai jua satu hari nanti..
Aamin..



Majlis penutup diadakan selepas sarapan..
Refleksi oleh fasilitator turut diselitkan bersama ucapan dari warden RG..
Kem diakhiri awal kerana adik-adik RG ni perlu menghadiri kenduri..
Dan dalam pukul 10pagi tue adik-adik bertolak balik..
Time ni, ade jugak adik-adik RG yang menanges..
Dan tak henti minta kami datang lagi..
In sha ALLAH adik-adik.. kalau ada peluang tue, sememangnya akak akan berusaha untuk jumpa adik-adik lagi… :D
Pengalaman bersama adik-adik semua menjadi antara kenangan paling manis dalam hidup akak!

 

Sesungguhnya, banyak perkara baru dan pengajaran yang saya dapat dalam Kem Muslim Mumtaz nie.
Terutama sekali BELAJAR ERTI BERSYUKUR..
Bayangkan kehidupan adik-adik ni yang usia semuda 8 tahun dah perlu berdikari hidup di RG..
Malah ada antara mereka, dah 8 tahun pun menetap di sana..
Semuanya perlu urus sendiri..
Lantas saya bandingkan sikap saya sendiri yang suka mengeluh bila ditimpa sedikit kesusahan..
Sikap saya sendiri yang kadang-kadang merasa tidak cukup dengan segala keperluan saya yang ada sekarang nie..
Seolah-olah saya lupa, masih ramai lagi mereka yang lebih kurang dari saya..

Hadis Rasulullah SAW..
Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” 

(HR. Bukhari dan Muslim)

 
Dan apa yang paling cukup kagum melihat diorang, sudah pastinya ikatan yang wujud antara mereka..
Saling menjaga dan menyayangi ibarat seperti adik-beradik..
Yang lebih tua sangat prihatin dengan yang muda..
Dan yang muda suka bermanja-manja dengan yang lebih tua..

Akhir kalam, buat rakan-rakan :
Jika ada peluang mendekati adik-adik seperti nie..
Jangan lepaskan peluang yang bermakna nie..
Kerana pastinya ia akan menjadi kenangan yang paling berharga dalam hidup kita..
Di samping itu, In sha Allah merupakan salah satu cara dalam mentarbiyahkan diri kita semua..
In sha Allah.. Amiin~


*Salam rindu dari akak kepada adik-adik RG! Akan doakan moga adik-adik berjaya di dunia dan akhirat.. aamin…

2 comments: