TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Monday 25 February 2013

Friendly Comparative Religion~Kewajipan Dakwah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah..
Mengisi hari Jumaat yang lepas dengan ilmu yang sangat berguna buat diri...


Dianjurkan oleh ummi aka Puan Aishah..
Dengan menjemput penceramah, Bro Shah Kirit.


Kali pertama memandang beliau, pandang 2 kali sambil otak giat berfikir
"awat muke laen macam je dengan gambar ni.. kurus je"..
Ok~~ Biarkan hal tu.. Mungkin ada rahsia kurus beliau tue..
Yang penting ilmu yang kami dapat dari beliau..

Slot pertama pagi tu dimulakan dengan Slot Kepentingan Berdakwah..
Ye.. Cukup diakui tersentap dengan kata-kata beliau..
Andai kata di akhirat kelak kite diheret sama ke neraka oleh mereka-mereka yang non-muslim..
Kerana apa???
Kerana tidak pernah berusaha untuk menyampaikan, menyebarkan hatta menceritakan tentang Islam..
Ya Allah... Terus menilai diri sendiri...
Selama ini, berapa banyak kah usaha yang telah dilakukan untuk menyampaikan dakwah???..
Sedangkan sesungguhnya, salah satu cara bersyukur terhadap islam ialah dengan menyebarkan agama Islam..

Dan kawan-kawan...
Apa makna DAKWAH dan ISLAH???
Dakwah nie kita menyebarkan Islam kepada non-muslim..
manakala, Islah ni ilmu kepada sesama muslim...


Beliau juga secara tidak langsung membuka mata kami bahawa :
TIADA ALASAN untuk TIDAK BERDAKWAH..
Tiada ilmu??? Maka, penyelesaiannya pergi la menuntut ilmu..

Misalnya, seorang yang baru bergelar mualaf tidak menunaikan solat 5 waktu kerana tiada ilmu
Apakah wajar lagi alasan itu untuk diterima terhadapnya pada 10 tahun akan datang??
Fikir-fikirkan dan selamat beramal... hehehehe

Dan sesungguhnya, "Sampaikan kepada yang lain walau 1 ayat"
Malah, kalimah syahadah itu sendiri merupakan 1 ayat, maka sebar-sebarkanlah

BAGAIMANA PULA CARA BERDAKWAH??
--> Melalui akhlak yakni menunjukkan akhlak yang baik
--> Melalui lisan, ye.. seperti berblogging, status di FB, Twitter dan sebagainya
--> Melalui harta benda mahupun tenaga..
Kerana sesungguhnya ALLAH memberi pahala kepada hambaNya bukan atas dasar popular mahupun sebaliknya, namun atas keikhlasan hati kita...

"Serulah semua manusia ke jalan Allah secara berhikmah dan berilah peringatan dengan baik dan lembut serta berbahaslah dengan cara yang saaaangat cantik!" :D

Kerana apa??
Kerana Islam itu mengajar kita mencari KEBENARAN, bukannya KEMENANGAN

Persoalan yang sering timbul :
"Kenapa bila kita berdakwah, orang tak nak dengar????" urm...
Tepuk dada, tanya iman..
Bagaimana kita approach mereka??
Apakah selama ini kita memaksa mereka mengikut budaya kita, budaya Melayu??

Tengok pakaian penceramah kita??
Betul kata beliau, agak terkejut, tertanya-tanya..
Kenapa santai semacam jer??? hehehe....

Namun begitu, cara beliau menyampaikan ceramah secara santai dan diselitkan unsur-unsur lawak memang membuatkan kami rasa nak dengar, nak dengar dan nak dengar...
Ditambah lagi, dengan pengalaman-pengalaman beliau selama ini yang semestinya memberi kami satu motivasi dan kagum terhadap beliau sendiri..
Percaya atau tidak, setiap apa yang dihujahkan, dalil-dalil yang berkenaan tidak pernah ditinggalkan..
Malah, turut menyelitkan juga perbandingan yang terdapat dalam kitab ajaran Kristian mahupun Hindu itu sendiri..


Satu perkara yang menarik, beliau banyak kali mengingatkan,
Untuk mengenali Islam, jangan tengok kepada orang Islam, tetapi tengoklah kepada Islam itu sendiri..
Kerana apa??
Kerana berapa ramai antara kita yang selama ini yang sebenar-benarnya mengikut ajaran Islam.
Allahuakbar!!!
Jadi, sekali lagi, Tepuk Dada, Tanya Iman!^_^

Beliau juga banyak mendedahkan kepada kami tentang agama-agama lain..
Membanding-bezakan tentang agama lain..
Dan pastinya penekanan diberikan tentang :
"Salah Faham Non Muslim Terhadap ISLAM"

 Mengapa kita harus ambil peduli tentang salah faham-salah faham ini?
Kerana 1st Step dalam berdakwah itu sendiri, haruslah dimulakan dengan meleraikan segala salah faham mereka-mereka yang non-muslim itu terhadap Islam..
Sebagaimana gelas kotor yang perlu dibasuh terdahulu sebelum dituang air yang bersih kan??

Allah SWT berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 104:
"Hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya"

Sesungguhnya penyertaan dalam ceramah FCR ini memberi seribu satu manfaat buat diri saya sendiri..
Dan jujur dikatakan, tak sabar menunggu kemunculan Fasa ke 2 pula..:D

Akhir kalam, tertarik dengan kata-kata Kak Humaira'
"Walaupun merasakan diri tidak cukup ilmu lagi untuk berdakwah, itu tidak bermakna kita tidak boleh berdakwah!"
Jadi, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin lebih-lebih lagi ilmu yang membawa kita ke jalan ALLAH..
Di samping tidak lupa, untuk menunaikan kewajipan kita dalam berdakwah.


Wallahu'alam.. ^_^

No comments:

Post a Comment