TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Saturday 20 July 2013

Bakul Ramadhan + Iftar 2013

Assalamualaikum :)

19/7/2013 bersamaan Hari Jumaat
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah
Hari yang penuh padat dengan macam2 aktiviti :)

Bakul Ramadhan 2013

Haaa~~ masa pergi Program Fiqh Wanita hari tu la dapat tahu tentang program ni
Di akhir ceramah tu, 1 video ditunjukkan tentang Bakul Ramadhan tahun yang sudah
Dan pada ceramah hari tu jugak, borang sumbangan telah diedarkan..
Tapi, saya hanya mampu menanda sumbangan tenaga je la
(Time tu cheq punyer elaun xmasuk lagi..tak mampu nak sumbang kewangan.. hehe)


Ye...!! Sangat suka aktiviti2 yang macam ni..
Ala-ala sukarelawan dan pastinya kebajikan

Teringat pesanan Kak Alifah..
Kak Alifah tak dapat nak join sebab menolong Kak Ina untuk jamuan iftar usrah..

"Ambil peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Semoga dapat menginsafi diri. Ingat Izzah.. Jangan pergi tanpa bawa apa-apa pengajaran dari kehidupan orang lain. Semoga ALLAH mendidik hati kita untuk rasa bersyukur"

Dan Alhamdulillah... 
Program sebegini sememangnya banyak mengerti saya tentang erti bersyukur.
Di saat kita rasa masih kekurangan dengan keperluan dan kehendak hidup kita, maka muhasabah dirilah dengan melihat mereka yang lebih kekurangan daripada kita..
Haa~~ Program ini di bawah Program ISMA..
Dan pada hari ni, 8 rumah dilawati mengikut kumpulan masing-masing..

Mengedar RISALAH aka FLYERS

Tentang apakah?? Haa~~ Tentang INI.

Selesai sahaja kami melawat rumah, kami berkumpul kembali di masjid sambil lipat flyers ni.
Lepas tu, pembahagian kumpulan dilakukan..
Kak Siti, Kak Tiqah, Kak Athirah, Fiqah dan saya ditugaskan mengedar 1500 flyer kat Masjid AlBukhary.. Saaaaaangaaaat banyak habaq hang! hehehe..
Tapi nak bagitahu jugak kat sini!
Cantik dan indah sangat Masjid AlBukhary nie... ^_^


Tak nafi ada jugak perasaan excited nak edar..
Almaklumlah first time buat xtvt macam nie.. hehe

Kami edar dengan letak kat kenderaan orang yang pi Solat Jumaat..
Haaa ~~ Sangat banyak kereta kat masjid tue.. :D
Dan Alhamdulillah.. Rasanya dalam 1000 lebih jugak kami berjaya edar..
Tak puas lagi, kami sambung edar sikit2 dalam Giant sebelah masjid tuh... huhu..

Bayangkan dari 1.20 - 2.30 kami round2 kawasan parking kat Masjid tuh.. huhu..
Tapi, peliknya time edar xletih, lepas sudah duk lam kereta..
Barulah rasa letih yang amat sangat dan dahaga tu usah dibagitahu la..
huhuhu... Buat amal dalam bulan puasa kan banyak pahalanya.. kan kan kan? ^_^

Sampai kat hostel dalam pukul 3.00 petang jugak..

Iftar Bersama Sahabat Usrah

 Kali ni, Kak Ina ajak iftar bersama-sama.. :)
Ada cucur, ikan patin, ikan bakar, bubur lambuk dan macam-macam lagi..
Sambil tunggu masuk waktu berbuka tu, diadakan sedikit tazkirah bersama Kak Nas.
Akak ni sempat berkongsi pengalaman beliau puasa kat oversea! ^_^
Banyak kata-kata membina, nasihat dan pengajaran yang akak-akak usrah kongsikan..

"Jadikan amalan kita dalam bulan puasa ini LUAR BIASA"

"Bulan Ramadhan ini lah satu peluang untuk kita meninggalkan apa yang lagha buat kita, sebab syaitan dah takde, hanya tinggal kita lawan dengan NAFSU kita sahaja"

"Allah bertindak dengan apa yang kita sangka. Sebab itu lah pentingnya BERBAIK SANGKA"


dan macam-macam lagi nasihat daripada akak2.. :)


Selepas solat maghrib berjemaah dan iftar bersama-sama, kami pun menuju ke Masjid hampir dengan Tasik tue untuk Solat Terawih

Selesai sahaja, ada sedikit aktiviti..
Buat bulatan, pegang tangan dan pejam mata..
Jeng Jeng Jeng!! ^_^ hehe.. Semua orang dapat hadiah misteri :D hehe..
Terima kasih akak2.. ^_^

Sepeti kata-kata Kak Tiqah
"Alhamdulillah. Jumaat di bulan Barakah.. Moga Allah angkat aktiviti kita hari ni sebagai satu ibadah, Insha Allah! Allahumma Bariklana Ramadhan.. :') I'm looking forward for our next activity.. If God willing" 
 :D

1 comment:

  1. suka dengan ayat, I'm looking forward for our next activity.. :) jom!!!! kita wat nect progrram.

    ReplyDelete